CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)
Adakah anda pengguna unifi atau streamyx? Sekiranya ya, semestinya anda ingin mengetahui cara untuk menukar password anda atas sebab-sebab tertentu. Tetapi bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara tukar password Unifi/Streamyx, semoga membantu.
Baca juga: Cara Mudah Kerja Offshore, Gaji Lumayan & Tiada Orang Tengah
KENAPA PERLU TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX
Semestianya ada perlu tukar password anda atas sebab-sebab tertentu seperti berikut:
- Penggunaan Wifi anda tanpa kebenaran.
- Hadkan penggunaan Wifi di rumah anda.
- Terlupa password Wifi anda.
- Terlupa nama Wifi anda.
- Sekiranya menggunakan router atau modem yang baru.
CARA TUKAR PASSWORD UNIFI
Sekiranya anda pengguna Unifi, berikut adalah merupakan cara untuk menukar Password anda pada router atau modem:
- Pastikan anda sambung telefon/laptop dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.
- Buka Google Chrome anda dan taip ip address http://192.168.0.1
- Masukkan info login dan password.
- Pada bahagian login – masukkan “tmadmin”
- Pada bahagian password pula – masukkan “adm@xxxx” di mana “X” tu anda boleh lihat nombor MAC ID di belakang router Unifi anda (Original dari pihak TM), ambil nombor 4 digi terakhir di belakangnya,
- Seterusnya klik pada Login.
- Pergi ke menu SETUP » Wireless Connection » Manual Setup.
- Pada bahagian ADVANCE WIRELESS klik pda SECURITY SETTINGS
- Pada bahagian ini anda boleh tukar Password pada router atau modem unifi anda
- Selesai
CARA TUKAR PASSWORD STREAMYX
Sekiranya anda pengguna Streamyx, berikut adalah merupakan cara untuk menukar Password anda pada router atau modem:
- Pastikan anda sambung telefon/laptop dengan WIFI yang anda ingin tukar password tersebut.
- Buka Google Chrome anda dan taip ip address http://192.168.0.1
- Masukkan info login dan password.
- Pada bahagian login – masukkan admin/tmadmin”
- Pada bahagian password pula – masukkan admin/tmadmin/password
- Pada menu utama pilih bahagian Interface Setup’ dan pilih Wireless
- Pada ruang Encryption tu diisi atau pilih TKIP/AES.
- Pada ruang Pre-Shared Key isikan password baru Wifi anda
- Seterusnya klik pada Save
- Kemudian, restart balik modem router anda tekan klik butang on/off.
- Selesai