PANDUAN TEBUS KFC VAKSIN BELI 1 PERCUMA 1 SNAKE PLATE [PANDUAN LENGKAP]
Untuk pengetahuan anda, sekarang pihak Kentucky Fried Chicken (KFC) sedang membuat promosi kepada mereka yang sudah lengkap 2 dos vaksinasi dan mempunyai sijil digital yang sah.
Baca juga: Cara membuat akaun youtube
PROMOSI BELI 1 PERCUMA 1 SNAKE PLATE
- Ini adalah promo eksklusif untuk KFC Delivery atau Self Collect yang anda boleh menuntut 1 e-baucar untuk Beli 1 Percuma 1 Snack Plate.
- Promosi ini hanya terbuka kepada pengguna berdaftar yang lengkap dos vaksin dan mempunyai sijil digital vaksin sebagai bukti sokongan.
- Butiran pengguna yang dimasukkan mesti padan dengan butiran sijil digital vaksin.
- Anda dinasihatkan untuk meneliti kaedah pesanan anda mahu (Delivery atau Self Collect) sebelum menuntut e-baucar anda.
- Setelah selesai penuntutan e-baucar, anda akan menerima e-baucar yang mengandungi satu promo kod melalui emel. Anda boleh menebus e-baucar anda mengikut tempoh penebusan yang ditetapkan.
- E-baucar anda hanya sah untuk 30 hari dari tarikh penuntutan.
- Caj penghantaran dan pemprosesan akan dikenakan untuk setiap penebusan melalui KFC Delivery.
CARA CARI SIJIL DIGITAL VAKSIN
- Sijil digital vaksin anda boleh didapati profil anda di aplikasi MySejahtera.
- Sijil digital vaksin hanya akan dikemaskini di profil aplikasi MySejahtera sekiranya anda telah memenuhi syarat dos lengkap vaksin.
- Sekiranya anda telah lengkap dos vaksin tetapi tidak terdapat sijil digital vaksin di profil MySejahtera, sila tekan butang “refresh” untuk mengemaskini profil anda.
PANDUAN TEBUS KFC VAKSIN
Panduan Lengkap Cara Tebus KFC Vaksin.
- Sebelum itu, pastikan anda LOG MASUK KFC terlebih dahulu sebelum tebus KFC VAKSIN di pautan ini : https://kfc.com.my/.
- Jika anda pertama kali, anda perlu membuat pendaftaran dahulu.
- Sila layari laman web rasmi TEBUS KFC VAKSIN selepas LOG MASUK KFC di pautan ini : https://kfc.com.my/content/vaksin.
- Anda akan di bawa ke halaman utama dan perlu menunggu giliran seperti mesej ini “Anda dalam giliran masuk ke laman web untuk promosi ini. Apabila giliran anda tiba, bolehlah terus dapatkan promosi Beli 1 Percuma 1 Snack Plate. Kesabaran dan sokongan anda amat dihargai!”.
- Apabila anda sudah sampai giliran anda, anda akan dibawa ke paparan “Dah Vaksin?”.
- Isi Butiran anda.
- Sila masukkan Nama Penuh anda mengikut Kad Pengenalan anda.
- Nombor Telefon anda sudah dipaparkan kerana anda sudah berdaftar.
- Emel anda juga dipaparkan kerana anda sudah berdaftar.
- Tekan “Pilih Imej”.
- Masukkan Gambar Screenshot Sijil Digital anda di sini. Pastikan anda screenshot Sijil Digital anda terlebih dahulu dan save.
- Jangan risau, Imej ini hanya untuk tujuan pengesahan dan akan dipadamkan dalam tempoh 2-3 minit selepas proses pengesahan. Pastikan imej mengandungi nama, myKad dan informasi dos vaksin. Pastikan imej jelas dan saiz imej tidak boleh melebihi 3MB.
- Tekan Teruskan jika anda sudah pilih.
- Sila pilih jenis E-Baucar anda. Pilih sama ada anda ingin Self Collect Snake Plate (Anda perlu ambil di cawangan KFC) atau Delivery 2-pc Snack Plate (Hantar ke alamat anda).
- Tick Terma dan Syarat.
- Klik “HANTAR”.
- Tahniah! Anda telah dapat e-baucar Beli 1 Percuma 1, Snack Plate (Self Collect), sah sehingga 22 Oktober 2021.
- Simpan Kod Promo Unik anda untuk tebus.
- Masuk semula ke pautan ini untuk Tebus Kod Promo Vaksin KFC di pautan ini : https://kfc.com.my/promo-code/delivery (Untuk Kod VAKSIN Promo Delivery) dan https://kfc.com.my/promo-code/self-collect (Untuk Kod Promo VAKSIN Self Collect atau Pick Up).
- Tekan gambar “DAH VAKSIN?BELI 1 PERCUMA 1 SNACK PLATE”.
- Klik “REDEEM NOW”.
- Untuk yang redeem Pick Up atau Self Collect sila masukkan cawangan KFC yang berdekatan anda dan pilih masa yang sesuai untuk anda Pick Up di cawangan KFC tersebut.
- Sekarang Total anda hanya bayar RM12.99 sahaj untuk 4-pc Hot and Spicy Chicken, 2 Whipped Potato (R), 2 Coleslaw (R) dan 2 Bun.
- Klik ADD TO ORDER.
- Total mungkin akan lebih sedikit jika Pick Up akan jadi RM13.00 disebabkan serving tax yang dikenakan.
- Tekan Checkout untuk buat pembayaran.
- Selesai. Sila tunggu perhantaran jika anda tebus atau redeem untuk delivery dan untuk pick up sila ambil pada waktu yang telah anda pilih. Selamat menjamu selera ya.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Untuk pertanyaan dan persoalan berkaitan dengan tebus baucer ini boleh hubungi pihak KFC di bawah. Pihak kami hanya berkongsi panduan untuk memudahkan anda dan semua. Semoga memberi manfaat kepada anda. Terima kasih, Kongsikan panduan ini kepada mereka yang masih lagi tidak tahu.
Nombor Customer Service KFC: 1300-222-888.