in

CONTOH SURAT RASMI RINGKAS 2022 : FORMAT TERKINI SURAT RASMI KERAJAAN & JABATAN/TIDAK HADIR KE SEKOLAH/ADUAN/RAYUAN/MOHON/ BERHENTI KERJA/RENTAS NEGERI

CONTOH SURAT RASMI RINGKAS 2021

CONTOH SURAT RASMI RINGKAS 2022 : FORMAT TERKINI SURAT RASMI KERAJAAN & JABATAN/TIDAK HADIR KE SEKOLAH/ADUAN/RAYUAN/MOHON/ BERHENTI KERJA/RENTAS NEGERI

Contoh Surat Rasmi Ringkas adalah karangan yang ditulis untuk membuat aduan, rayuan, permohonan dan sebagainya. Ia bukan saja penting pada peperikasaan upsr, pt3, spm atau stpm, tetapi juga sering digunakan pada hidupan anda.

Untuk makluman anda ini adalah salah satu contoh penggunaan surat rasmi ringkas iaitu untuk membuat surat rasmi peribadi, surat rasmi kerajaan, surat rasmi kepada jabatan, aduan, permohonan, berhenti kerja, perletakan jawatan, sewa atau tempahan, tidak hadir ke sekolah, dan banyak lagi terutamanya bagi urusan berkaitan dengan kerajaan apabila anda sudah dewasa dan bekerja.

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda contoh surat rasmi ringkas yang anda boleh gunakan untuk menjadikan rujukan bagi menyelesaikan urusan yang anda mahukan kami sediakan di dalam bentuk online di dalam semakankeputusan.com

Sebelum itu, pastikan anda tahu terlebih dahulu bagaimana sebenarnya format untuk membuat surat rasmi. Kami ceritakan di bawah ini serba sedikit untuk memberi gambaran kepada anda serta memudahkan anda.

Baca juga: Cara renew passport online

FORMAT SURAT RASMI TERKINI

Untuk pengetahuan anda, antara perkara penting yang mesti ada di dalam Surat Rasmi Ringkas adalah format terkini surat rasmi ringkas yang betul dan penerangan yang ringkas tetapi maksud yang disampaikan itu adalah benar dan tepat. Anda tidak perlu membuat surat yang panjang lebar untuk sampaikan mesej yang sebenar tetapi anda hanya perlu mengikut format terkini surat rasmi yang betul dan cara olah isi supaya pesanan atau mesej anda akan sampai dengan informasi yang tepat tetapi ringkas. Format surat rasmi terkini anda boleh lihat seperti di bawah ini.

  1. Nama & Alamat Anda atau Pengirim : Nama dan Alamat Pengirim mestilah diletakkan di bahagian paling kiri atas. Pemulaan nama dan alamat pengirim tersebut perlu ditulis dalam huruf besar. Pada penghujung setiap baris mestilah diletakkan tanda koma dan pada paling akhir alamat hendaklah diletakkan tanda noktah. Di dalam alamat tersebut mestilah mengandungi nombor premis/rumah, nombor jalan (jika ada), nama lokaliti, poskod, bandar, dan negeri.
  2. Buat Garis Pemisah antara Alamat Pengirim dan Alamat Penerima. Kemudian selang satu baris, dan satu garisan panjang melintang diletakkan sehingga hujung bagi membezakan alamat pengirim dan penerima.
  3. Nama & Alamat Penerima surat rasmi. Nama, jawatan dan alamat penerima mestilah diletakkan selang satu baris daripada garisan melintang tersebut. Seperti nama dan alamat pengirim, nama, jawatan, dan alamat penerima juga mestilah ditulis dalam huruf besar ada pemulaanya. Setiap baris juga mestilah diletakkan tanda koma dan tanda noktah diletakkan paling akhir alamat pengirim iaitu selepas nama negeri. Seperti dalam alamat pengirim, alamat penerima mestilah mengandungi nama premis, nombor jalan (jika ada), nama lokaliti, poskod, bandar, dan nama negeri.
  4. Tarikh Surat Di Buat : Tarikh perlu ditulis selari dengan nama negeri pada bahagian alamat penerima di bahagian paling kanan surat. Tarikh mestilah ditulis dengan menulis nombor haribulan, nama bulan (yang ditulis penuh) dengan kesemua huruf adalah huruf besar dan nombor tahun contohnya 23 SEPTEMBER 2021.
  5. Gelaran : Selang sebaris daripada alamat penerima adalah dikhaskan untuk gelaran. Penulis perlu mengenalpasti gelaran yang sesuai untuk diletakkan di dalam surat kiriman rasmi tersebut. Sebagai contoh, gelaran Yang Berhormat (YB) bagi wakil rakyat manakala individu yang pernah menerima Darjah Kebesaran daripada Persekutuan mahupun negeri, gelaran Dato’ Seri, Dato’ atau Datin Seri atau Datin digunakan. Jika penulis sukar untuk mengenal pasti gelaran yang sesuai, mereka boleh menggunakan gelaran umum iaitu Tuan/Puan. Penulisan gelaran di dalam surat kiriman rasmi tersebut mestilah disertai dengan tanda koma pada hujung gelaran tersebut.
  6. Tajuk Surat Rasmi (Bold atau Hitamkan dan Letak Garis di Bawahnya).
  7. Perenggan Pengenalan Surat.
  8. Perenggan Tujuan Surat Rasmi.
  9. Perenggan Huraian Tujuan Surat Rasmi.
  10. Perenggan Harapan Terhadap Surat Rasmi.
  11. Yang Benar.
  12. Tandatangan,Nama Pengirim, Jawatan, Nombor Telefon : Di akhir surat kiriman rasmi ini, pengirim perlu menurunkan tandatangan di bahagian kiri surat. Tandatangan itu mestilah diikuti dengan memberitahu nama penuh pengirim dalam huruf besar kesemuanya. Selepas nama penuh ditulis, pengirim perlu menulis nama jawatan pengirim (jika ada) pada baris seterusnya dan jika tiada sila isi nombor kad pengenalan ataupun nombor telefon anda.

CONTOH

Ini adalah Contoh Format Surat Rasmi berdasarkan penerangan di atas.

contoh format surat rasmi terkini

FORMAT SURAT RASMI KERAJAAN MALAYSIA

Untuk makluman anda, bagi Format Surat Rasmi Kerajaan sangat berbeza daripada surat rasmi yang kami kongsikan di atas kerana untuk kerajaan terdapat format yang perlu di patuhi dan diikuti. Perbezaan yang ketara adalah untuk format surat rasmi jabatan rasmi Kerajaan pula, lazimnya alamat tersebut diletakkan di kepala surat yang dipanggil sebagai Letter Head. Letter Head adalah pengenalan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi dan mengandungi alamat lengkap untuk memudahkan urusan surat menyurat.

Di bawah ini adalah Format Surat Rasmi Kerajaan yang dikongsikan oleh pihak Arkid Negara Malaysia.

format surat rasmi kerajaan malaysia

SURAT RASMI RINGKAS

Untuk pengetahuan anda, melalui penulisan atau karangan yang ringkas lebih mudah untuk difahami berbanding dengan penulisan surat rasmi yang panjang. Anda hanya perlu pastikan penerima surat anda mudah faham dan juga dapat mentafsirkan mesej yang anda ingin sampaikan. Orang cakap biar ringkas tapi padat dan berkesan. Jika berurusan dengan pihak yang kebiasaannya sibuk atau tiada masa untuk melayan benda seperti ini jadi anda kena pastikan surat rasmi anda seringkas mungkin tapi berkesan.

CONTOH SURAT RASMI RINGKAS

Di bawah ini kami kongsikan beberapa contoh surat rasmi ringkas yang anda boleh ikuti sebagai panduan kepada anda. Antaranya adalah contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah, contoh surat rasmi jabatan, contoh surat rasmi peribadi, contoh surat rasmi permohonan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah. Penerangan Langkah Format dari 1 hingga 12 boleh lihat di panduan di atas.

KEPADA JABATAN

Untuk Contoh Surat Rasmi Ringkas kepada Jabatan kebiasaannya sama seperti untuk Kerajaan. Jadi kami kongsikan gambar di bawah ini contoh untuk kepada Jabatan.

contoh surat rasmi kepada jabatan

BERHENTI KERJA

Kepada anda yang mencari contoh surat rasmi ringkas berhenti kerja anda boleh rujuk di gambar di bawah ini. Semoga anda berjaya di tempat kerja yang baru dan jika anda bermula meniaga diharap semoga perniagaan anda akan berjaya satu masa kelak.

24 JAM NOTIS
Ini adalah contoh surat rasmi ringkas berhenti kerja 24 Jam Notis.

contoh surat rasmi berhenti kerja notis 24 jam

1 BULAN NOTIS

Ini adalah contoh surat rasmi berhenti kerja 1 bulan notis. Boleh juga digunakan untuk 2 bulan notis dan 3 bulan notis.

contoh surat rasmi ringkas berhenti kerja 1 bulan notis

CONTOH SURAT RASMI RINGKAS PERLETAKAN JAWATAN

Ini adalah contoh surat rasmi ringkas perletakan jawatan.

contoh format perletakan jawatan

PERMOHONAN KERJA KOSONG

Gambar ini adalah contoh surat rasmi ringkas permohonan kerja kosong Malaysia.

contoh format surat rasmi terkini permohonan kerja kosong

CONTOH SURAT RASMI RINGKAS CUTI SAKIT

Ini adalah contoh surat rasmi ringkas cuti sakit untuk pelajar sekolah dan juga kepada mereka yang bekerja. Untuk anda yang bekerja boleh oleh mengikut kesusaian bos anda.

format surat cuti sakit

ADUAN

Berikut ialah contoh surat rasmi ringkas aduan yang boleh anda gunakan jika ingin membuat sebarang aduan kepada pihak tertentu.

contoh surat rasmi ringkas aduan

CONTOH SURAT RASMI KEBENARAN RENTAS NEGERI

Untuk anda yang mempunyai urusan dan terpaksa untuk merentas negeri akibat daripada perintah kawalan pergerakaan (PKP, anda boleh rujuk contoh yang kami kongsikan di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA TEBUS KFC VAKSIN BELI 1 PERCUMA 1 SNAKE PLATE [PANDUAN LENGKAP]

PANDUAN TEBUS KFC VAKSIN BELI 1 PERCUMA 1 SNAKE PLATE