CARA TEBUS ELAUN TEMUDUGA KERJA RM300 MYPenjana: Panduan Redeem Allowence Interview Kerja.
SIP Prihatin ialah bantuan kewangan khas kepada individu yang hilang pekerjaan & masih belum bekerja sepanjang tempoh pandemik. Kerajaan telah meperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk menjayakan program ini.
Elaun ini diberikan dibawah program SIP PRIHATIN 2.0 yang dilancarkan dalam pakej PEMULIH (Pelan Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi) khas untuk sesiapa yang sedang mencari kerja.
Jika anda sedang mencari kerja, pastikan mendaftar dengan MYPenjana untuk dapat elaun cari kerja sebanyak RM300.
CARA TEBUS ELAUN TEMUDUGA KERJA RM300 MYPenjana: Panduan Redeem Allowence Interview Kerja.
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut cara untuk mendaftar dan cara mudah untuk dapatkan elaun berkenaan.
Cara mendaftar :
- Layari laman web https://www.myfuturejobs.gov.my
- Kemudian tekan ‘Jobseeker Sign in’ atau ‘Register Here’ jika pengguna pertama kali.
- Isikan maklumat peribadi anda.
- Log masuk semula & cari kerja berdasarkan bidang yang anda mahu
- Hadir ke temuduga jika anda berjaya melepasi tapisan kelayakan untuk bekerja.
Baca juga disini : CARA MEMOHON EIS PERKESO: Panduan Mohon Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan RM600.
Cara Tebus Elaun
- Langkah pertama buka myfuturejobs, dan ikut langkah seterusnya dibawah
- Tekan log aktiviti.
- Masukkan aktiviti iaitu temuduga yang anda hadiri
- Kemas kini aktiviti anda mengikut tarikh setiap aktiviti mencari kerja.
- Sebagai contoh: Temuduga pada 4/10 tapi baru kemas kini hari ini, skrol sampai 4/10, kemas kini aktiviti tu ada pada tarikh 4/10
- Temuduga yang dihadiri selain daripada myfuturejobs boleh update dalam aktiviti anda dengan bukti (screenshot email iv invitation)
- Majikan juga boleh dapat intensif dengan mendaftar di bawah MYPenjana
Itu sahaja yang ingin dikongsikan dari kami . Semoga bermanfaat dan berjaya mencari pekerjaan.
Walaupun elaun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos untuk persiapan pergi ke temuduga.
Pastikan kongsi info bermanfaat ini kepada kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda supaya memudahkan orang lain juga. Terima Kasih
Baca juga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA