CARA MOHON JAWATAN PDRM 2021(e-PENGAMBILAN PDRM 2021)
Berita baik buat warganegara Malaysia yang berminat untuk menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (memohon jawatan PDRM). Sebuah portal dikenali sebagai Sistem ePengambilan PDRM telah diperkenalkan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi memudahkan proses permohonan serta mendapatkan maklumat status Eksesais Pengambilan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.
Baca juga disini: JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
CARA MOHON JAWATAN PDRM 2021(e-PENGAMBILAN PDRM 2021)
Berikut adalah dikongsikan Cara Mohon Jawatan PDRM e-Pengambilan PRDM 2021 dan maklumat lain yang berkaitan.
Cara Mendaftar e-Pengambilan PDRM
- Langkah pertama sila layari aplikasi atas talian dengan membuka pautan laman web rasmi berikut Portal e-Pengambilan Polis (PDRM)
- Klik pada butang untuk membuat Pendaftaran.
- Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
- Tunggu dan semak email anda untuk aktifkan akaun.
- Sekiranya tiada email diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan (Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID) untuk tujuan pengaktifan akaun.
- Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan (Lupa Kata Laluan).
Log Masuk e-Pengambilan PDRM
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan dan klik pada butang Log
Masuk. - Klik pada menu Maklumat Peribadi, sila klik butang Simpan sebelum langkah seterusnya.
- Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah wajib, klik Simpan
- Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR, klik Simpan
- Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurangnya satu Ko-Kurikulum, klik Simpan
- Semua di atas adalah input wajib semasa log masuk, isi dengan tepat
Cara Membuat Permohonan e-Pengambilan PDRM
- Klik pada menu Permohonan Polis > Permohanan Baru.
- Pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum langkah selanjutnya.
- Dalam tab Permohonan Jawatan, pilih jawatan yang ditawarkan dan klik Simpan
- Dalam tab Pengakuan, pastikan anda pilih setiap pengakuan pemohon.
- Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
- Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.
Itu sahaja yang ingin dikongsikan, semoga bermanfaat dan selamat berjaya
UNTUK MENJADI YANG TERAWAL MENDAPAT INFO BERKENAAN BANTUAN KERAJAAN SILA JOIN CHANNEL TELEGRAM DI SINI : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA