in

CARA DAFTAR KURSUS POLITEKNIK: Panduan Permohonan Politeknik sesi 2021/2022 Secara Online

CARA DAFTAR KURSUS POLITEKNIK

CARA DAFTAR KURSUS POLITEKNIK: Panduan Permohonan Politeknik sesi 2021/2022 Secara Online.

Perhatian buat calon pelajar lepasan SPM, Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Pertanian, Institut Kemahiran Tinggi PERDA dan Kemahiran Malaysia (SKM). Berikut adalah panduan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi 2021/ 2022. Bermula bulan Mac tahun 2015, istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah digantikan dengan Universiti Awam (UA). Manakala IPTA pula diguna pakai bagi merujuk Kolej Komuniti dan Politeknik.

Untuk pelajar yang berkelayakan dan berminat, permohonan kemasukan ke Politeknik sesi I 2021/2022 akan dibuka bermula dari 9 April 2021 sehingga 2 Julai 2021 untuk lulusan SPM bukan tahun 2018-2020. Ambilan bagi kemasukan Disember 2020/2021 akan dibuka mulai 7 September 2020 hingga 16 Oktober 2020 melalui Portal Rasmi Politeknik.

CARA DAFTAR KURSUS POLITEKNIK: Panduan Permohonan Politeknik sesi 2021/2022 Secara Online.

Kaedah dibawah adalah manual penting dalam membuat Permohonan sesi ambilan 2021/ 2022 yang antaranya memaparkan kaedah memohon, link borang permohonan, bidang yang ditawarkan dan iklan permohonan.

1.  Permohonan melalui UPU online

  • Isi borang permohonan melalui UPU online
  • Tarikh penting permohonan UPU
  • 4 Januari 2021 : Tarikh Buka
  • 31 Mac 2021 : Tarikh Tutup

Untuk pendaftaran permohonan UPU Online sesi 2021/2022, anda tidak perlu membeli pin UPU dan hanya perlu mendaftar, log masuk, dan mengisi maklumat peribadi. Selanjutnya anda juga boleh menyemak program yang ditawarkan. Namun begitu, pendaftaran permohonan ini hanya terbuka kepada: Calon SPM tahun 2020, 2019 dan 2018 Calon STPM tahun 2020 sahaja Calon tahun akhir Matrikulasi/ Asasi/ Pasum Calon STAM tahun 2020 dan 2019

Peringkat pengajian dan kategori pemohon yang perlu membuat permohonan melalui UPUonline adalah seperti berikut :

  1. Diploma Politeknik – Lepasan SPM Tahun 2018-2020
  2. Sijil Kolej Komuniti – Lepasan SPM Tahun 2018-2020

2. Permohonan Politeknik Melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik Dan Kolej Komuniti Permohonan kemasukan sesi I 2021/2022 untuk pelajar lepasan berikut adalah melalui Portal Pengambilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di pautan: mypolycc

  1. Diploma Politeknik
  • Lepasan SPM tahun 2017 & ke bawah
  • Lulusan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti,
  • Institut Kemahiran MARA, Perda-Tech,
  • Institut Pertanian Malaysia atau ILKA yang diiktiraf MQA
  • Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Sijil APEL
  • Pelajar semester akhir Pra Diploma Politeknik

2. Sijil Kolej Komuniti

  • Lepasan SPM tahun 2017 ke bawah

3. Pra Diploma Politeknik

  • Lepasan SPM

4. Sijil Kemahiran Khas Politeknik (ketidakupayaan pendengaran)

  • Lepasan Sekolah Pendidikan Khas atau Program Pencantuman Pendidikan Khas (ketidakupayaan pendengaran) e Sarjana Muda Politeknik Lulusan Diploma Politeknik & Lulusan Diploma Lanjutan Politeknik

a) Diploma Sepenuh Masa

Tarikh penting permohonan Politeknik bagi tahun 2021 adalah :

  • 9 April 2021 : Tarikh Buka
  • 2 Julai 2021 : Tarikh Tutup
  • 26 April 2021 :Check Panggilan Temuduga untuk permohonan Diploma Kejuruteraan Perkapalan dan Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
  • 26-29 Jun 2021 : Pengemaskinian pilihan program (selepas keputusan SPM diumumkan)
  • 3 – 12 Mei 2021: Sesi Temuduga 16 Julai 2021 : Check status Permohonan
  • 18 Julai 2021: Borang Permohonan Rayuan dibuka
  • 26 Julai 2021 : Borang Permohonan Rayuan ditutup
  • 19 Ogos 2021 : Check result Rayuan
  • 20 Spetember 2021 : Pendaftaran Pelajar

b) Pra Diploma Politeknik

  • Kemasukan untuk sesi Sesi 1 2021/2022 akan diumumkan kemudian

c) Sijil Kemahiran Khas Politeknik

  • Borang Permohonan dibuka 9 April 2021
  • Borang Permohonan ditutup 2 Julai 2021
  • Check result Permohonan 16 Julai 2021
  • Pendaftaran Pelajar Bermula 20 September 2021

d) Sarjana Muda Politeknik

  • Borang Permohonan Politeknik dibuka 8 Jun 2021
  • Borang Permohonan ditutup 1 Ogos 2021
  • Check Panggilan Temuduga 9 Ogos 2021 Sesi Temuduga 17 Ogos 2021
  • Keputusan Permohonan 27 Ogos 2021
  • Borang Permohonan Rayuan dibuka 27 Ogos 2021
  • Borang Permohonan Rayuan ditutup 10 September 2021
  • Check result Rayuan 10 September 2021
  • Pendaftaran Pelajar 27 September 2021

 

cara daftar kursus politeknik

Panduan kepada calon-calon yang mengemukakan rayuan melalui UPUOnline:

  • Semakan keputusan boleh dibuat di https://upu.mohe.gov.my mulai 19 Ogos 2021 jam 12.00 tengah hari.
  • Bagi calon-calon yang berjaya, sila layari portal ini mulai 21 Ogos 2021 jam 12.00 tengah hari untuk pengesahan penerimaan tawaran dan cetakan surat tawaran.
  • Calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari.
  • Calon-calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan di portal ini mulai 21 Ogos 2021 jam 12.00 tengah hari. Rayuan akan diproses pada setiap hari Khamis berdasarkan kekosongan.

Panduan kepada calon-calon yang mengemukakan rayuan melalui eBorang JPPKK:

  • Semakan keputusan boleh dibuat di portal ini mulai 21 Ogos 2021 jam 12.00 tengah hari.
  • Pengesahan penerimaan tawaran dan cetakan surat tawaran juga boleh dibuat mulai 21 Ogos 2021 jam 12.00 tengah hari.
  • Calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari.
  • Permohonan yang tidak berjaya akan diproses pada setiap hari Khamis berdasarkan kekosongan.

Butiran :

  • Bahagian Pengambilan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik, Aras 4, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
  • Tel : 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
  • Fax : 03-8891 9323
  • Pejabat HEP PKS : 082-845204

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA SEMAK STATUS INTERVIEW PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2021:

CARA SEMAK STATUS INTERVIEW PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 2021: Panduan Check Status Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41