Cara Daftar KT Online Untuk Permohonan Baru Dan Semakan Baki Serta Dividen Koperasi Angkatan Tentera
Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Koperasi Tentera dan cara membuat pendaftaran dan semakan secara online. Kepada tentera di Malaysia, adakah anda telah daftar sebagai ahli Koperasi Tentera(KT)? Bagaimanakah cara login KT online? Kenapa perlu login KT online? Mudah untuk membuat sebarang traksaksi online, contohnya bagi tujuan membuat semakan dividen Koperasi Tentera(KT).
Baca Juga : SIP PRIHATIN 2.0 : Permohonan Elaun RM300 Cari Kerja Bagi Bukan Pencarum Perkeso
Contents
Pengenalan Tentang Koperasi Tentera
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (KT) telah ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai sebuah koperasi jimat cermat serta pinjam meminjam (thrift & loan).
Sesuai dengan konsep penubuhannya, koperasi ini telah menyediakan kemudahan menabung yang terjamin buat anggota dengan pulangan serta ganjaran menarik.
Kaedah ini akan menggalakkan ahli koperasi mengurus kewangan dengan lebih berhemah melalui nilai menabung.
Selaras dengan usaha ini, Koperasi Tentera telah memperkenalkan Polisi Pinjaman pada tahun 1966. Polisi ini bertujuan bagi mendidik anggota serta mengurangkan tabiat kerap meminjam yang sering berlaku.
Pada tahun 1976 pula, KT telah memperkenalkan produk insurans berkelompok bagi perlindungan ahli disusuli pelancaran Skim Pendidikan Tinggi pada 1983.
Tahun 90-an menjadi saksi perkembangan KT dengan penerimaan beberapa anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan daripada Pertubuhan Koperasi Kebangsaan Malaysia.
Pada 2000-an pula, koperasi ini terus menerima pelbagai anugerah kecemerlangan. Zaman ini juga Koperasi Tentera telah dianugerahkan Sijil Piawaian MS ISO.
Dengan objektif utama bagi menjaga kebajikan warga ATM, KT tidak hanya menawarkan keahlian bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia, bahkan kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia serta pesara ATM.
Selaras dengan visi, misi serta objektif bagi meningkatkan taraf hidup ahli, KT turut menawarkan produk serta perkhidmatan berkaitan kewangan.
Apakah Itu KT Online?
Sistem ini bukan sahaja boleh diakses melalui pelayar web, tetapi ianya juga dapat digunakan melalui aplikasi KT Online bagi telefon pintar, Android serta iOS. Dengan melalui aplikasi ini ahli boleh menyemak baki akaun, melalukan transaksi pindahan wang, serta pembayaran atas talian bagi akaun pembiayaan dan takaful. Sistem koperasi tentera online iaitu KT Online dibangunkan untuk memudahkan ahli membuat transaksi kewangan di atas talian.
Cara Daftar KT Online
- Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin
- Buat dan kenal pasti identiti anda
- Masukan pilih jenis pengenalan
- Tentera ID
- No kad pengenalan
- No passport
- Masukan no pengenalan
- Masukan no akaun koperasi
- Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
- Klik hantar OTP
- OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
- Masukan id pengguna
- Cipta dan tetapkan kata laluan
- Masukan semula kata laluan
- Pilih imej dan frasa keselamatan
- Jawab empat soalan keselamatan
- Pendaftaran anda telah Berjaya
Anda juga boleh mendaftar menggunakan aplikasi/ apps KT Online di telefon pintar :
- Pengguna: Google play store
- Pengguna : Apple aps store
Bagaimana Cara Login KT Online?
Berikut merupakan cara-cara untuk anda login koperasi tentera anda. Namun anda harus pastikan bahawa anda telah mendaftar buat kali pertama dahulu.
- Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
- Masukan id pengguna
- Tekan teruskan
- Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
- Tekan masuk @ login
- Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
Bagaimana Cara Semak Baki Dan Dividen Koperasi Tentera Online?
Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.
- Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
- Masukkan id pengguna
- Tekan teruskan
- Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
- Tekan masuk @ login
- Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
- Klik pada hahagian no akaun anda
- Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
- Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi
SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT BAKI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN KELAYAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT DIV NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN WASI KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT WASI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN TARIKH BAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) TERKINI
Koperasi Tentera akan mula membayar dividen pada awal Julai 2021 tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Hubungi KT Online Call Centre
Sila hubungi
Wisma Koperasi Tentera,No 1, Jalan 2/65C,Off Jalan Pahang Barat,53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel:
1-300-8000-58
Semakan baki simpanan
Salam,knpa x bole kat online
Assalaikum saya mohon buat kt online saya payah nk buat pengeluaran simpan skrang
Assalam,
MINTA TOLONG ACTIVE SEMULA KT ONLINE SAYA