Cara Daftar Bank Islam Online
Bank Islam menyediakan perkhidmatan perbankan internet untuk membantu mempermudah transaksi pelanggan seperti transfer, pembayaran bil, cek baki dan sebagainya.
Untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh bank Islam, Anda mesti mendaftar dan mengaktifkannya terlebih dahulu.
Cara mendaftar boleh melalui halaman bankislam.biz
Baca juga: Cara bayar saman PDRM online
Cara Daftar Bank Islam Online
Melalui perkhidmatan ini, Anda dapat melakukan pelbagai transaksi kewangan dan bukan kewangan hanya dengan bergantung pada internet banking. Berikut adalah beberapa kemudahan menarik yang ditawarkan.
- IB Bank Islam menggunakan sistem keselamatan berlapis.
- Boleh digunakan untuk pemindahan berjadual dan rutin.
- Terdapat pemberitahuan mengenai transaksi kewangan ke e-mel peribadi.
- Payment To Own Bank Islam Card-i
- Payment To Own Financing
- Prepaid Reload
- Open or Registered Bill
- JomPAY Open or Registered Bill
- Auto Debit
- Bill Presentment
- E-Sadaqah / Wakaf
- Maintenance of Favourite Bill Payment or JomPAY
- Dan banyak lagi.
Sebelum Anda membuat pendaftaran online banking bank Islam, sila baca pelbagai syarat yang mestilah Anda penuhi.
Syarat Daftar Bank Islam
Sekiranya Anda merupakan pelanggan Bank Islam dan mahu melakukan transaksi online, Anda perlu mendaftar pada platform Bank Islam IB ini. Beberapa syarat perlu dipenuhi untuk mendaftar:
Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam.
Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan.
Mempunyai nombor PIN untuk kad ATM/kad debit Bank Islam.
Mempunyai IC/ID atau kad pengenalan.
Mempunyai nombor telefon yang aktif.
Langkah-langkah Daftar Bank Islam Online
Sebelum melakukan pendaftaran bank Islam online, kami syorkan Anda menggunakan komputer/laptop untuk membuat pendaftaran bank Islam secara online.
Kerana ada sahaja pelanggan yang tidak berjaya atau gagal membuat pendaftaran melalui handphone.
Sekiranya Anda sudah coba klik butang FIRST TIME USER dan kembali ke page awal, sila elakan menggunakan handphone. Pastikan Anda menggunakan komputer/laptop.
Berikut adalah tutorial cara register Bankislam.biz terkini.
- Buka laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz
- Kemudian klik butang FIRST TIME USER.
- Baca terma dan syarat (Terms & Conditions). Kemudian, tick bersetuju dengan terma dan syarat tersebut. Klik Continue.
- Pilih kad ATM/Debit Card.
- Sila Masukkan nombor kad 16 digit kad ATM/Debit Anda dan ATM PIN. Klik Continue.
- Sekarang masukkan semua maklumat butiran yang diperlukan dengan betul.
- Untuk membuat password pastikan Anda menggunakan simbol, huruf besar, huruf kecil dengan nombor (contoh Terbaik@3355).
- Selepas selesai mengisi butiran tersebut, klik Submit.
- Pada laman seterusnya, segala yang Anda isi akan dipaparkan semula. Sahkan semula semua maklumat yang Anda isi, kemudian tekan butang Confirm.
- Sila periksa handphone Anda. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank Islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit/handphone untuk IAC berjaya.
- Sekarang Anda boleh login ke akaun baru Bank Islam IB.
Cara Login Bank Islam Online
Cara login Bank Islam online mudah sahaja, sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Buka link https://www.bankislam.biz
- Masukkan User ID dan Password
- Klik Login
- Selesai
Itulah langkah-langkah bagaimana nak daftar bank Islam online dan log masuk bank Islam online, semoga maklumat yang kami kongsikan boleh bermanfaat untuk Anda.