in ,

BKSS 8.0 : INSENTIF BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2022

BKSS 8.0

BKSS 8.0 : INSENTIF BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2022

Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akur dengan beban dan kesulitan dihadapi rakyat sepanjang tempoh pandemik Covid-19 akan melancarkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS 8.0) bernilai RM285.47 juta dalam sedikit masa lagi.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan melancarkan BKSSS 8.0 yang melibatkan bantuan-bantuan bukan tunai untuk terus membantu mengurangkan beban rakyat bernilai RM285.47 juta merangkumi enam bulan pertama 2022.

β€œIni merupakan antara kadar bantuan terbesar oleh sesebuah kerajaan negeri di negara ini. Ini tidak termasuk peruntukan khas berjumlah melebihi RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) bagi menampung perbelanjaan menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Hari Perkhidmatan Awam 2022 menerusi laporan TVS

Beliau berkata, demi mengurangkan impak Covid-19, sepanjang tahun 2020 dan 2021 Kerajaan Sarawak telah melaksanakan tujuh pakej bantuan kepada rakyat, iaitu BKSS 1.0 hingga BKSS 7.0 dengan 30 program melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.30 bilion. .

Baca Juga: BKM FASA : 1 PEMBAYARAN MAC 2022

BKSS 8.0 : INSENTIF BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 2022

Berikut disenaraikan antara insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022 ini.

Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0

1. Bantuan Kewangan 6 BulanBK

  • Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar.

2. Diskaun Bil

  • BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.
    Bagi diskaun bil air, beliau berkata, sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.

3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai

  • Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.
  • Selain itu, kata Ketua Menteri, kerajaan juga memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dengan menyedia peruntukan RM2 juta dan diskaun 50 peratus sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyedia peruntukan RM1.7 juta.

4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen

  • Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.

5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000

  • Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.
  • Dalam BKSS 1.0 hingga ke BKSS 7.0 pada 2020 dan 2021, katanya, kerajaan menyalurkan bantuan berjumlah RM5.3 bilion bagi membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan semula ekonomi.

Lain-lain Bantuan

Selain bantuan yang disebutkan di atas, difahamkan terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 iaitu:

  • Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS). Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA.
  • Peruntukan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut: https://service.sarawak.gov.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAK STATUS BKM : CHECK LULUS ATAU TIDAK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

SEMAK STATUS BKM : CHECK LULUS ATAU TIDAK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022