ACTIVATION EZBIZ ID : CARA AKTIFKAN TANPA KE PEJABAT SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyediakan satu platform bagi para peniaga atau pendaftar syarikat untuk mendaftar secara atas talian sahaja. SSM telah memperkenalkan eZBiz yang bertujuan untuk memudahkan para peniaga bagi yang kekangan masa untuk datang ke pejabat SSM.
Untuk aktifkan akaun ezBiz, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Di sini, dikongsikan cara-cara untuk mendaftar atau aktifkan akaun ezBiz anda.
Baca juga : CARA UPDATE SSM ONLINE : KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN EZBIZ
EZBIZ SSM
EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk:
- melakukan pendaftaran baru;
- mendaftar perubahan;
- menamatkan perniagaan; dan
- membeli maklumat perniagaan.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Sebelum daftar ezBiz online, seharusnya anda menyediakan dokumen berikut untuk di upload:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher
- Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri
CARA AKTIFKAN EZBIZ
Setelah anda sediakan dokumen diperlukan, berikut adalah cara untuk eZBiz account activation ID online:
1. Layari Laman Web ezBiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
2. Tekan butang sign up untuk mendaftar.
3. Isikan maklumat yang diperlukan
- Jenis ID
- No ID
- Nama Penuh (sepeti kad pengenalan)
4. Seterusnya tekan Register
5. Kemudian isikan maklumat
- Username
- Password & Re-type Password
- Email & Re-type email (pastikan anda gunakan email yang aktif)
- User information – masukkan maklumat diri anda
- Residential adress – masukkan alamat surat menyurat anda
6. Setelah lengkap semuanya tekan Save
7. Selesai, anda telah berjaya aktifkan ID akaun ezBiz anda (eZBiz ID activation)
PENGESAHAN ID AKAUN EZBIZ ONLINE
Setelah anda berjaya proses pendaftaran di atas, anda dikehendaki untuk membuat pengesahan terlebih dahulu untuk menggunakan sistem ezBiz ini. Berikut adalah carannya
- Layari Laman Web ezBiz: https://ezbiz.ssm.com.my/
- Log masuk akaun anda (eZBiz login)
- Pada paparan utama, klik pada bahagian User Profil > User Verification Request
- Kemudian anda dikehendaki upload/memuat naik dokumen yang diperlukan
- Anda akan terima email pengesahan, dan anda boleh menggunakan Sistem ezBiz untuk melaksanakan urusan berkaitan perniagaan anda.
RINGKASAN EZBIZ
Kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun
- Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
- perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
- Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
Memperbaharui SSM dalam talian TANPA PERLU KE PEJABAT SSM
Anda boleh klik butang RENEW SEKARANG dan kemudian ikuti beberapa langkah mudah dalam borang pesanan. Anda mengisi butiran, membuat pembayaran menggunakan perbankan dalam talian dan kemudian menunggu pesanan anda dalam satu jam. Ia akan dihantar dalam softcopy melalui e-mel.
Daftar perniagaan secara dalam talian TANPA PERLU KE PEJABAT SSM
Anda boleh mendaftarkan perniagaan anda melalui halaman pendaftaran SSM Baru secara dalam talian.
RUJUKAN
Untuk mengetahui lebih lanjut dan jika ada sebarang pertanyaan mengenai cara aktifkan ID ezBiz, anda boleh:
Layari Portal SSM online: https://ezbizzonline.com/
Email: [email protected] (Monday – Saturday, 9.00 AM – 5.30 PM)