CARA MEMOHON KAD PENGENDALIAN MAKANAN ISLAM: Panduan Register Permit Kesihatan Pengendalian Makanan Secara Online.
Apa itu Kad Pengendalian Makanan
Kad pengendalian makanan adalah dokumen pengenalan diri sebagai seseorang yang terlibat dalam industri memproses makanan / F&B ( Food and Beverages ).
Secara umumnya, setiap pengendali makanan di Malaysia wajib ada kad yang masih sah, ini menandakan seseorang itu telah:
- Menghadiri Kursus Pengendalian Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai Sijil Kehadiran yang Asli.
- Mendapatkan suntikan vaksin Typhoid yang masih sah ( Biasanya tempoh sah selama 3 tahun sahaja )
- Menjalani pemeriksaan kesihatan yang menandakan seseorang itu tidak mempunyai penyakit berjangkit kronik seperti batuk kering dan lain-lain dan sihat untuk bekerja.
- Mempunyai permit kerja yang berkaitan (Bagi bukan warganegara)
CARA MEMOHON KAD PENGENDALIAN MAKANAN ISLAM: Panduan Register Permit Kesihatan Pengendalian Makanan Secara Online.
Syarat Memohon Kad Pengendalian Makanan
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kursus Pengendalian Makanan
- Salinan Suntikan thypoid
- Berumur tidak kurang dari 16 tahun semasa memohon kad tersebut.
Harga Kad Kesihatan.
Kad ini perlu di perbaharui setiap tahun selagi anda terlibat dalam bidang makanan. Di Kuantan kadar baharui kad ini adalah RM12 setahun. Anda boleh memperbahuri kad ini untuk 5 tahun akan datang untuk memudahkan urusan.
Baca juga disini:SIJIL HALAL MALAYSIA MYeHALAL(PERMOHONAN SIJIL HALAL JAKIM ONLINE)
Cara Memohon Kad Pengendalian
- Langkah pertama hadir ke pejabat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Bawa bersama sijil asal dan salinan seperti kad pengenalan, sijil kursus pengendalian makanan dan suntikan thypoid
- Ambil nombor giliran dan tunggu nombor anda di panggil.
- Selepas pekerja PBT selesai merekod maklumat anda,tunggu untuk proses pembayaran di kaunter lain pula.
- Anda akan di berikan resit rasmi yang perlu di bawa untuk membuat kad pengendalian makanan.
- Di kaunter ini anda perlu melengkapkan nama, umur dan alamat premis.
- Di sini juga ada perkhidmatan mengambil gambar berukuran passport.
- Kad ini perlu di buat dalam masa sebulan dari tarikh resit rasmi.
Itu sahaja yang ingin dikongsikan, Semoga bermanfaat
Baca juga: INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA
Butiran Lanjut
Jika ada sebarang pertanyaan boleh pergi ke cawangan berdekatan atau telefon dengan nombor berkenaan:
Jabatan Kesihatan Persekitaran,
Lif A, Tingkat 17, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-5510 5133 Samb. 1516