PANDUAN BUKA AKAUN CDS RHB ONLINE (CARA,SYARAT DAN DOKUMEN)
APA ITU AKAUN CDS?
Akaun CDS bermaksud ‘Central Depository System’ atau Sistem Depositori Pusat. Akaun ini berfungsi untuk menyimpan dan mengemas kini saham setelah anda membuat urusan belian dan jualan. Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia. Akaun CDS ini boleh dibuka oleh mana-mana individu yang telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh permohonan. Akaun ini perlu dibuka di cawangan bank pelaburan yang disahkan oleh Bursa Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 10.
Akaun CDS ini pula terbahagi kepada 2 kategori:
- Akaun CDS Islamik
- Akaun CDS Konvensional
Bagi akaun CDS konversional, para pelabur boleh membeli saham yang mematuhi syariah atau sebaliknya. Manakala, bagi akaun CDS Islamik, para pelabur hanya boleh membeli saham yang mematuhi syariah sahaja.
Baca juga: CARA BUKA AKAUN SYARIKAT MAYBANK (CURRENT ACCOUNT TANPA INTRODUCER SME First-i)
SYARAT BUKA AKAUN CDS
Ingin buka akaun CDS dengan RHB Investmen bank?
Sekiranya anda berminat untuk mula melabur dalam Bursa Malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan akaun CDS anda.
Pelabur boleh menggunakan Sistem Depositori Pusat (Central Depository System atau singkatannya CDS) untuk memindahkan sekuriti dari satu akaun CDS ke akaun lain, dengan syarat pemindahan adalah mengikut sebab yang diluluskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.
Urus niaga lain yang boleh dilakukan oleh pendeposit melalui Sistem Depositori Pusat adalah mendaftar maklumat akaun bank, pengemaskini butir-butir akaun, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, deposit sijil saham, pengeluaran saham syarikat yang dinyahsenarai dan penutupan akaun CDS.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BUKA AKAUN CDS RHB ONLINE
Sekiranya anda berminat membuka akaun CDS bersama RHB Investment Bank, anda mestilah menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk pemprosesan pendaftaran:
- Salinan Kad Pengenalan – 5 salinan
- Salinan penyata bank 3 bulan terkini – 2 salinan
- Salinan slip gaji 3 bulan terkini – 1 salinan
Secara umumnya, terdapat 2 cara untuk membuka akaun CDS bersama RHB Investment Bank:
- Secara dalam talian atau online
- Melalu cawangan RHB Investment Bank.
CARA BUKA AKAUN CDS RHB ONLINE
PANDUAN BUKA AKAUN CDS RHB ONLINE
Pendaftaran akaun CDS secara online boleh dilakukan melalui laman web RHB Trade Smart dengan mengikuti langkah-langka berikut:
- Layari laman RHB Trade Smart di alamat https://rhbtradesmart.com/index.html
- Pilih Branch
- Klik butang Next
- Masukkan butiran-butiran yang diminta seperti:
- Nama
- Alamat Email
- Nombor Telefon
- Pilih Jenis Akaun
- Jenis ID Anda.
- Kad Pengenalan
- Username
- Password
- Nama Ibu
- Selepas memasukkan semula password anda, klik butang Submit.
- Pegawai yang bertugas akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja.
CARA BUKA AKAUN CDS RHB
Buka akaun CDS melalui cawangan bank
Untuk pembukaan akaun CDS bersama RHB Investment Bank, anda boleh mengunjungi cawangan RHB Investment bank di alamat berikut:
RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
No. 5 & 7, Jalan Pandan Indah 4/33 Pandan Indah
24, SS2/63, 47300 Petaling Jaya +603 2113 8118