in

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2022 : CARA SEMAK MPKAFA SECARA ONLINE

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2021

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2022 : CARA SEMAK MPKAFA SECARA ONLINE

TERKINI, ibu bapa boleh membuat semakan keputusan UPKK / MPKAFA ini mulai 28 Disember 2021 secara online atau melalui SMS.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat menekankan terhadap situasi semasa penularan COVID-19 dan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya dari aspek keselamatan murid dan tenaga pengajar KAFA.

Baca juga disini: DAFTAR MUET (PERMOHONAN ONLINE/TARIKH PERMOHONAN/SEMAKAN TEMPAT SESI 1/2/3 2022)

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara semakan dan pelaksanaan baharu, sila rujuk dibawah:

JAKIM memperkenalkan pelaksanaan berbentuk penilaian yang menyeluruh bagi menggantikan 5 subjek Peperiksaan UPKK secara bertulis.

Aktiviti penilaian bersepadu ini melibatkan semua guru KAFA di setiap premis KAFA dan ia boleh dilaksanakan sama ada Dalam Talian atau (Online), Luar Talian (Offline) dan Off-Side.

Tarikh Peperiksaan UPKK 2022

Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 telah dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2022 berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).

MPKAFA ini terdiri dari dua bahagian: 

  • Bahagian A : Kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM bermula dari tahun 3 hingga tahun 5. Markah yang diperuntukan ialah 75 peratus.
  • Bahagian B : Penilaian di bahagian ini merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon. Markah yang duperuntukan ialah 25 peratus.

Semakan Keputusan UPKK 2022

Semakan keputusan akan dibuka bermula jam 11.00 pagi 28 Disember 2022 hingga 11.00 malam 11 Januari 2023.

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) ini boleh disemak melalui:

  • Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian simpeni.islam.gov.my atau;
  • Melalui khidmat pesanan ringkas SMS (UPKK <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.)

Itu sahaja yang ingin dikongsikan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *