PROJEK PERTANIAN NEGERI KELANTAN 2023 (CARA DAN SYARAT PERMOHONAN)
Sekiranya anda seorang usahawan tani di negeri Kelantan dan ingin membuat projek pertanian, kini Jabatan Pertanian Kelantan. Telah membukan permohonan Projek Pertanian 2023. Sekiranya anda berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan, disini kami akan kongsikan caranya.
Baca Juga : CARA BAYAR ZAKAT ONLINE KELANTAN: Panduan Transfer Secara Atas Talian
PROJEK PERTANIAN KELANTAN 2023
Projek Pertanian 2023 adalah usaha yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian untuk meningkatkan projek-projek pertanian untuk diusahakan oleh usahawan dan usahawan tani di negeri tersebut.
SENARAI PROJEK PERTANIAN 2023
Berikut adalah senarai projek pertanian yang boleh diusahakan iaitu:
- Pembangunan Tanah Terbiar
- Pembangunan Industri Padi
- Pembangunan Industri Pelbagai Komoditi
- Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana Berasaskan Pertanian dan Aktiviti Hiliran
- Pembangunan Usahawan Tani
- Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Panjang
- Projek Pembangunan Tanaman Buah-Buahan Jangka Pendek
- Projek Pembangunan Tanaman Sayuran
- Pembangunan Industri Tanaman Kelapa
- Projek Peningkatan Pendapatan Pesawah Luar Jelapang (B40)
- Projek Pembangunan Industri Cendawan
- Pembangunan Tanaman Makanan Ternakan
- Program Pembangunan Pertanian Komuniti
- Program Pembangunan Tanaman Herba
SYARAT KELAYAKAN PROJEK PERTANIAN 2023
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan kepada pemohon:
- Berumur melebihi 18 tahun.
- Mempunyai tanah sesuai sekurang-kurangnya 0.40HA (1 ekar).
- Mempunyai geran/surat perjanjian/surat kebenaran mengusahakan tanah.
- Jika pernah mendapat bantuan projek pertanian sebelum ini, permohonan bantuan boleh dibuat selepas 3 tahun jika terdapat keperluan.
- Permohonan industri kecil dan sederhana mestilah dibuat di premis yang berasingan dengan rumah kediaman.
- Borang permohonan perlu mendapat sokongan daripada penghulu mukim kawasan projek.
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat Pertanian Jajahan beserta salinan kad pengenalan, dan salinan geran tanah/surat kebenaran.
TARIKH PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN 2023
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 15 September 2022.
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar sekali dengan borang permohonan iaitu:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan geran tanah/surat kebenaran
CARA PERMOHONAN PROJEK PERTANIAN NEGERI KELANTAN
Kepada usahawan tani yang berkelayakan dan berminat untuk membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:
- Muat turun Borang Permohonan Menyertai Projek Pembangunan Pertanian /Persekutuan / Negeri Tahun 2023
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Pertanian Jajahan berhampiran.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai projek pertanian 2023 negeri kelantan, sila layari website rasmi Jabatan Pertanian Negeri kelantan atau hubungi Pejabat Pertanian Jajahan berhampiran:
- Bachok: 09-7788267
- Jeli: 09-9440337
- Kuala Krai: 09-9666192
- Pasir Mas: 09-7909137
- Tanah Merah: 09-9556337
- Lojing: 09-9221963
- Gua Musang: 09-9121230
- Kota Bharu: 09-7462932
- Machang: 09-9751381
- Pasir Puteh: 09-7866097
- Tumpat: 09-7257343