JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN
Berita baik kepada yang mencari pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: JAWATAN KOSONG TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
PENGENALAN
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.
Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.
JAWATAN KOSONG SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
SENARAI JAWATAN
Senarai Jawatan yang ditawarkan :
1.Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
2.Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41
3.Penolong Jurutera Gred JA29
4.Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
5.Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
6.Pembantu Operasi Gred N11
7.Penghantar Notis Gred N11
MAKLUMAT JAWATAN
Tarikh tutup permohonan : 28 Mac 2022
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah, Diploma/STPM, Sijil dan SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Status Pelantikan :Tetap/kontrak
CARA MEMOHON
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
KLIK DISINI UNTUK MEMOHON