JAWATAN KOSONG MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
Berita baik kepada yang mencari MPM membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara yang berminat dan berkelayakan.
Baca Juga: RFID : CARA DAFTAR,PASANG & GUNA
PENGENALAN
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.
Matlamatnya adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Antara peperiksaan yang diwartakan seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).
- Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
JAWATAN KOSONG MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan
Maklumat Jawatan
- PEGAWAI PEPERIKSAAN – GRED DG41
Taraf jawatan: Kontrak/Tetap
Gaji: RM2,188 - PEGAWAI PEPERIKSAAN – GRED DG41
Taraf jawatan: Kontrak/Tetap
Gaji: RM2,188 - PEGAWAI TADBIR – GRED N41 (KONTRAK)
Taraf jawatan: Kontrak
Gaji: RM2,080 - PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
Taraf jawatan: Kontrak/Tetap
Gaji: RM1,493 - PEMBANTU MAKMAL – GRED C19
Taraf jawatan: Kontrak/Tetap
Gaji: RM1,257
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
*Senarai syarat-syarat khusus bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga hari dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 07 JANUARI 2021, JUMAAT.