SEMAK BAKI ASB : CARA CEK DIVIDEN ONLINE 2022
Ingin masuk tahun baru, pasti penyimpan serta pelabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan beratur panjang di kaunter untuk menyemak penyata kewangan mereka. Kerana pada hujung tahun adalah masa untuk pengguna menuai hasil simpanan mereka.
Tapi jangan risau kerana sekarang sudah diberi kemudahan untuk menyemak secara atas talian untuk menjimatkan masa dan lebih cepat urusan boleh selesa.
Jom tengok sama-sama
Baca juga disini : CARA NAK BUKA AKAUN ASB ANAK : Panduan Daftar Akaun ASB Anak di Pejabat Pos
SEMAK BAKI ASB : CARA CEK DIVIDEN ONLINE 2022
Berikut akan dikongsikan beberapa cara yang boleh digunakan untuk semak ASB secara online, rujuk dibawah:
Semak Baki ASB online di myasnb.com.my
- Langkah pertama layari laman web MyASNB di sini https://www.myasnb.com.my/
- Pada halaman utama, klik pada butang Daftar Di Sini.
- Baca terma dan syarat, Tick pada kotak setuju jika anda menerima terma dan syarat yang ditetapkan.
- Seterusnya, isikan maklumat peribadi dengan tepat. Pilih dan isikan nombor kad pengenalan di ruangan tersedia.
- Pilih salah satu Produk ASNB yang anda miliki. Klik pada butang Seterusnya.
- Setelah semua maklumat selesai diisikan, semak nombor telefon anda yang tertera.
- Klik pada Permintaan TAC, Pengesahan nombor TAC anda akan dihantarkan melalui SMS.
- Seterusnya, isikan maklumat akaun ID pengguna, Frasa keselamatan dll
- Setelah maklumat akaun diisi dengan lengkap, klik pada butang Tamat.
- Anda akan diberikan kata laluan setelah proses pendaftaran tamat.
- Gunakan kata laluan sementara untuk login kali pertama.
- Tahniah, kini anda boleh semak baki ASb anda secara online.
- Baki ASB anda akan tertera di halaman utama setelah berjaya login ASNB
Butiran Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh ajukan ke pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam).