SEMAK STATUS BKM : CHECK LULUS ATAU TIDAK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Apa itu BKM?
Menerusi Belanjanwan 2022 kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi membantu kurangkan beban rakyat terkesan akibat covid19.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Kewangan) berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion. BKM bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima bagi yang layak mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Baca juga disini: SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN 12: Jom Lihat Dan Mohon Sekarang Sebelum Tarikh Tutup!
Kepada penerima BPR pada tahun 2021,anda pasti ingin tahu ,adakah anda layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Jom semak!
SEMAK STATUS BKM : CHECK LULUS ATAU TIDAK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan, sila rujuk dibawah:
Untuk makluman, perkara paling penting anda perlu semak status BKM anda samada telah diterima atau dihantar untuk diproses oleh pihak LHDNM
Cara Semak Status BKM
- Langkah pertama log masuk ke portal BKM https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
- Kemudian masukkan nombor MyKad, klik Semak
- Sila semak kata keselamatan, jika betul masukan kata laluan BKM
- Seterusnya klik Peti Mel > tekan perkataan Surat
- Selanjutnya tekan Permohonan BKM 2022
- Akan dipaparkan maklumat berikut (Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKM untuk semakan permohonan)
Jika anda telah membuat semakan ini, anda boleh menunggu maklumat tentang tarikh semakan status kelulusan permohonan BKM 2022 dijangka pada awal Januari 2022
Semakan Status Kelulusan Permohonan BKM 2022
- Layari https://bkm.hasil.gov.my
- Kemudian isi Nombor Kad Pengenalan
- Sila lengkapkan Captcha dan tekan Semak
- Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
- Jika permohonan anda LULUS (maklumat seperti status bayaran,jumlah dan fasa akan dipaparkan).
- Jika permohonan anda GAGAL (maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.
- Jika layak,anda boleh membuat permohonan RAYUAN BKM
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia