i-Sayang: KWSP Akan Lancarkan Pada Tahun 2022 & Lebih Banyak Manfaat Kepada Pencarum
Pada suku pertama tahun 2022, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal melancarkan i-Sayang. Kemudahan itu salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
Baca juga disini: CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA KWSP: Panduan Pengeluaran Akaun 2 Untuk Bayaran Ptptn Secara Online.
i-Sayang: KWSP Akan Lancarkan Pada Tahun 2022 & Lebih Banyak Manfaat Kepada Pencarum
Apa itu i-Sayang?
Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir telah berkata dalam ucapan perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal pada 23 November 2021.
KWSP telah menambahbaik supaya ramai yang akan mendapat manfaat sewajarnya. Antara inisiatif dan kemudahan bakal dilancarkan pada tahun 2022 dan yang disebut dalam ucapan Beliau adalah seperti berikut:
- Membenarkan pemindahan secara sukarela 2% caruman daripada akaun suami ke akaun isteri.
- Selain itu kemudahan yang akan diberikan adalah i-Lindung yang membolehkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui KWSP.
- Di samping itu juga KWSP akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan untuk tingkatkan caruman KWSP kepada mereka lebih daei 11% kadar berkanun.
- “Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian”.
Persidangan itu berlangsung selama dua hari, dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perhatian: Bagi Cara Memohon atau Syarat Kelayakkan belum di buka buat masa sekarang. Di anggarkan pada awal tahun akan dikemaskini dan diberitahu dari masa ke semasa
Kami akan update maklumat yang terkini berkaitan i-Sayang jika sudah ada maklumat yang sahih untuk diberikan kepada anda.
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan dengan bantuan kerajaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Laman Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/home
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia