in

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA KWSP:Panduan Pengeluaran Akaun 2 Untuk Bayaran Ptptn Secara Online

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA KWSP

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA KWSP:Panduan Pengeluaran Akaun 2 Untuk Bayaran Ptptn Secara Online.

Sejak 1 April 2018 telah berkuatkuasa bagi memudahkan dan meringankan beban tanggungan peminjam yang masih muda, bagi peminjam duit PTPTN boleh buat pembayaran balik guna KWSP Akaun 2.

Kemungkinan masih ramai diantara kita yang tahu tentang kemudahan yang telah diberikan. Maka sudah tiada alasan untuk mengelak dari membayar PTPTN, kerana dalam Islam amat dituntut iaitu Hutang wajib dibayar.

Kelebihan menggunakan Akaun 2 KWSP

  • Boleh guna Akaun 2KWSP peminjam atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat pengeluaran)
  • Tiada had pengeluaran
  • Selagi Akaun 2 masih ada baki, boleh buat pengeluaran lebih dari sekali.
  • Tiada cas dikenakan
  • Nikmati penjimatan kos upah dan pemendekan tempoh nayar balik Ptptn

Syarat kelayakkan memohon Akaun 2 KWSP

  • Terbuka keada semua tahun pengajian
  • Peringkat pengajian yang dibenarkan adalah Diploma dan ke atas

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA KWSP:Panduan Pengeluaran Akaun 2 Untuk Bayaran Ptptn Secara Online.

Sebelum boleh membuat bayaran menggunakan KWSP, anda perlu daftar i-Akaun KWSP Online bagi memudahkan proses pembayaran.

Cara Aktifkan i-Akaun KWSP Online

  1. Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon Log Masuk dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. *Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS
  2. Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan
  3. Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
  4. Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.

Baca juga disini: CARA SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE (i-Akaun)

Berikut adalah 5 langkah mudah bayar PTPTN guna KWSP:

  1. Langkah pertama anda perlu mendaftar akaun KWSP online (i-Akaun KWSP) terlebih dahulu . Kemudian boleh check jumlah wang yang ada di dalam Akaun 2
  2. Seterusnya, layari portal rasmi PTPTN untuk buat semakan baki pinjaman yang tertunggak atau perlu dibayar.
  3. Selanjutnya, bila sudah tahu jumlah dan boleh proceed untuk pengeluaran KWSP.
    Caranya Log In ke akaun i-Akaun, klik Pengeluaran pada bahagian menu utama.  Seterusnya klik Permohonan Pengeluaran Baru dan pilih Pendidikan
    Jika keluar page pilihan institusi yang terlibat (pilih PTPTN) pada ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman) peringkat (apa yang anda belajar) ruangan permohonan (pilih diri sendiri)
  4. Dalam tempoh 4-14 hari bekerja selepas permohonan dibuat bolehlah semak status permohonan
  5. Dan langkah terakhir, sila pergi ke Pejabat KWSP bersama dokumen sokongan seperti Salinan surat tawaran IPT/Transkrip/Skrol. Paling penting Kad Pengenalan harus dibawa bersama untuk pengesahan cap jari

Sebagai makluman, proses pembayaran akan dilakukan dalam masa 16 hari

Untuk buat semakan samada pembayaran sudah selesai boleh semak di i-Akaun KWSP anda atau melalui semakan baki pinjaman di laman web PTPTN

INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA BUAT KAD ATM DEBIT MAYBANK PAKAI GAMBAR SENDIRI

CARA BUAT KAD ATM DEBIT MAYBANK PAKAI GAMBAR SENDIRI: Tukar Kad Maybank Guna Gambar Sendiri

CARA TEBUS BAUCER PELANCONGAN KITA SELANGOR 2.0 RM100 SHOPEE

CARA TEBUS BAUCER PELANCONGAN KITA SELANGOR 2.0 RM100 SHOPEE