CARA DAFTAR BSN ONLINE 2022 : INTERNET BANKING BANK SIMPANAN NASIONAL
Seperti mana bank-bank lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga menyediakan khidmat perbankan online yang mudah dan cepat.
Selain digunakan untuk menjalankan transaksi kemasukan, pengeluaran dan pemindahan wang, BSN online juga biasa digunakan untuk tujuan pembelian pin Unik UPU.
Baca juga disini: CARA BAYAR BIL AIR ONLINE MELALUI MAYBANK2U, BSN DAN JOMPAY
CARA DAFTAR BSN ONLINE 2022 : INTERNET BANKING BANK SIMPANAN NASIONAL
Berikut akan dikongsikan beberapa maklumat berkaitan cara daftar BSN online bagi pengguna pertama kali, sila rujuk dibawah:
Cara Daftar Akaun BSN Online
Langkah 1: Layari Laman Web Rasmi BSN.
- Masuk ke portal rasmi https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
- Klik pada ‘Register’ untuk pengguna baharu.
- Klik pada ‘Accept’ untuk Terms and Conditions kemudian klik ‘Next’
Langkah 2: Isi Butiran Kad Bank BSN
Anda kemudian perlu mengisi butiran kad bank BSN anda pada ruang yang disediakan.
- Pastikan anda mengisi butiran tersebut dengan tepat dan lengkap.Pada bahagian ‘STEP 1’ di DEBIT/CREDIT CARD NUMBER isikan 16 digit kad bank BSN anda.
- Di bahagian CVV2 isikan 3 nombor yang berada di belakang kad bank BSN anda.
- Isikan pada bahagian expiry date, isikan bulan dan tahun kad anda tamat tempoh. Dapatkan tarikh tamat tempoh ini pada bahagian hadapan kad anda.
- Pada bahagian ‘STEP 2’ isikan nombor kad pengenalan anda pastikan semua maklumat anda tepat kemudian klik pada ‘Next’
Langkah 3: Buat ID Pengguna/Username dan Password myBSN
- Anda dikehendaki membuat id pengguna atau username mengikut syarat yang ditetapkan
- Kemudian cipta password/kata laluan untuk akaun myBSN anda.
- Klik pada ‘Request OTP’ untuk tujuan keselamatan nombor OTP ini akan dihantarkan ke nombor telefon yang anda gunakan waktu pendaftaran akaun BSN dahulu.
- Isikan 6 digit yang diterima untuk meneruskan pendaftaran.
Langkah 4: Pengesahan Pendaftaran Akaun myBSN
Pilih satu ‘online image’ yang mudah anda ingati bagi tujuan pengesahan
Butiran Lanjut
Untuk melihat Soalan Lazim tentang cara daftar BSN online dan perkhidmatan yang disediakan, sila rujuk di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/faq?lang=ms-MY&csrt=1467993480280683042
Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan daftar BSN online, layari info penuh di https://www.mybsn.com.my/
Untuk mendapat Info atau tidak mahu terlepas tentang Info bantuan kerajaan di group telegram INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA