UPU ONLINE 2022 : CARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
Kepada Yang Menanti Panduan Permohonan UPU 2022 Online, Berikut Merupakan Perkongsian Panduan Mendaftar Kali Pertama Dan Memohon Kali Pertama. Untuk Mendaftar Anda Tidak Perlukan Nombor Unik ID BSN Tetapi Untuk Membuat Permohonan Anda Wajib Mempunyai Nombor Unik ID.
Baca Juga: CARA CLAIM MySALAM 2022
DAFTAR UPU ONLINE KALI PERTAMA
Pemohon Dikehendaki Daftar Kali Pertama Bagi Mengakses Upuonline Di Https://Upu.Mohe.Gov.My/ Untuk Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam / Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, ILKA Dan Kolej Komuniti. Pemohon Wajib Memasukkan Enam (6) Item Berikut Untuk Membuat Daftar Kali Pertama :
- No Kad Pengenalan
- Alamat E-Mel
- Nama Ibu
- Soalan Keselamatan
- Kata Laluan (Pastikan Kata Laluan Mudah & Senang Diingat)
- Pengesahan Kata Laluan
CARA DAFTAR UPU 2022 ONLINE
1. Buka Laman Web UPU Online
Anda Boleh Layari Laman Web UPU Online Di Https://Upu.Moe.Gov.My
2.Daftar Pengguna
Sebaga Pengguna Pertama Kali, Anda Perlu Mendaftar Terlebih Dahulu Dengan Menekan Butang ‘Daftar Akaun Baru’.
3.Baca Manual & Isi Butiran
Lengkapkan Butiran Yang Diminta Dalam Borang.
Semaklah Manual Pengguna Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Permohonan.
4.Semak Program Yang Ditawarkan
Semak Program Yang Ditawarkan.
SIMPAN MAKLUMAT & KEMASKINI
Jangan Lupa Save Maklumat Yang Telah Diisi Dan Anda Perlu Kemaskini Jika Terdapat Maklumat Tambahan.
Tarikh Permohonan bermula 4 Februari 2022.
PANDUAN PERMOHONAN UPU ONLINE SESI AKADEMIK 2022
Bermula sesi pengambilan akademik 2022, para pemohon akan hanya mendapat satu tawaran sahaja dari satu permohonan yang dibuat merangkumi Program Pengajian di IPTA, IPTS, ILKA, Matrikulasi dan IPGM.
Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting berkaitan permohonan kemasukan UA dan IPTA melalui borang Online 2022 yang merangkumi ketetapan berikut.
Permohonan UPUOnline Untuk Kemasukan Sesi Akademik 2022 akan dibuka pada Januari 2022. Permohonan boleh dibuat di https://upu.mohe.gov.my/
KEPERLUAN SARINGAN KE PROGRAM TEMU DUGA DAN UJIAN
1) Bagi lepasan SPM 2021 – Keputusan peperiksaan percubaan SPM 2021.
2) Bagi lepasan STPM 2021 – Keputusan PNGK terbaik dan gred terbaik mata pelajaran STPM 2021 sehingga semester 2.
3) Bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2021 – Keputusan PNGK semester 1 sesi akademik 2021.
4) Bagi lepasan STAM 2021 – Keputusan peperiksaan percubaan STAM 2021 (Sekiranya ada).
Pemilihan dan penawaran program pengajian menggunakan keputusan peperiksaan sebenar.
PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN UNIVERSITI AWAM
UNIVERSITI AWAM
- Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
- Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.
KELAYAKAN
- Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau Matrikulasi / Asasi
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun)