TUKAR NO HP BANK RAKYAT (KEMASKINI MASALAH TAC)
IRAKYAT
Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) i-Rakyat merupakan perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Bank rakyat sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggan dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online). i-Rakyat membolehkan anda melakukan transaksi perbankan dengan mudah, setiap masa dan di mana saja. Aplikasi baharu ini memberi keselesaan kepada pelanggan untuk mengakses akaun Bank Rakyat dengan lebih pantas dan selamat melalui peranti mudah alih masing-masing.
Sekiranya anda pelanggan kepada Bank Rakyat, anda boleh membuat transaksi secara online dengan cara register online banking di https://www.irakyat.com.my/
Buat masa ini, laman web dan aplikasi iRakyat tidak lagi menyediakan kemudahan penukaran nombor telefon mudah alih ini namun diharapkan fungsi ini akan ditambah pada masa hadapan untuk kemudahan semua pelanggan mereka.
Baca Juga : PANDUAN AKTIFKAN KAD DEBIT (MAYBANK BANK ISLAM CIMB BSN PUBLIC BANK)
MASALAH TAC BANK RAKYAT
Nombor telefon yang anda gunakan untuk transaksi perbankan mudah alih Bank Rakyat mungkin perlu ditukar. Sesetengah sebab, misalnya, kerana nombor hilang, disekat, atau hilang telefon bimbit yang dicuri / diambil oleh orang lain atau juga ingin kemaskini no telefon untuk merima TAC atas beberapa perkara berikut
- Anda perlu mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC
- Sebaiknya jangan sesekali mendaftar nombor telefon orang lain.
- TAC diperlukan untuk transaksi online banking sebagai keselamatan tambahan
- Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
- TAC juga berfungsi untuk melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda
- Anda perlu TAC dari bank untuk urusan online transfer
Terdapat 4 cara untuk menukar atau mengemaskini nombor telefon bagi menerima kod TAC Bank Rakyat seperti berikut:
CARA NAK TUKAR NOMBOR TELEFON BANK RAKYAT
CARA TUKAR NO TELEFON BANK RAKYAT SECARA ONLINE
Untuk penukaran no handphone anda, berikut adalah caranya:
1.Penukaran No HP melalui iRakyat (web & Aplikasi):
- Buat masa kini penukaran nombor telefon tiada tersenarai dalam Perkhidmatan / Ciri-Ciri iRakyat.
2.Penukaran No HP di cawangan Bank Rakyat (CARA TUKAR NOMBOR TELEFON BANK RAKYAT DI ATM):
- Sila pergi ke cawangan Bank Rakyat berdekatan,
- Pastikan membawa dokumen seperti Kad ATM, buku simpanan dan kad pengenalan
- Ambil angka giliran dan tunggu sehingga no anda dipanggil.
- Maklum pegawai bank bahawa anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
- Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.
3.Penukaran No HP secara Email:
- Emailkan penukaran no HP anda ke: [email protected]
- Contoh:
- Subjek: Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Internet Banking
- Isi Email: saya mahu tukar nombor telefon internet banking lama dengan yang baru, berikut adalah maklumat peribadi saya: (Nama, No Kad Pengenalan, No telefon lama, No telefon baru). Mohon segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru.
- Nota: Sekiranya Anda tak ingat no telefon lama sebab handphone dah hilang, ruangan No HP Lama jangan di isi atau beri tanda (-).
- Pihak Bank Rakyat akan telefon anda untuk proses pertukaran nombor telefon dan pengesahan.
- Mohon untuk siap sedia menerima panggilan dari Bank Rakyat.
4.Penukaran no Hp melalui Perkhidmatan Tele-Rakyat Bank Rakyat
- Hubungi Tele Rakyat Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454
- Bagitau kepada pegawai bank bahawa Anda mahu kemaskini no handphone lama dengan yang baru.
- Pihak bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
- Tunggu beberapa minit, kemaskini nombor telefon i-Rakyat berjaya dilakukan.
NO TELEFON BANK RAKYAT
Sekiranya terdapat permasalahan untuk proses penukaran nombor telefon anda atau tiada penerimaan TAC selepas kemaskini Nombor Telefon anda, anda boleh hubungi tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454.
WAKTU OPERASI BANK RAKYAT 2022
Waktu operasi Khidmat Pelanggan:
- 7.30 pagi – 9.30 malam : Talian dibuka untuk semua pertanyaan
- 9.30 malam – 7.30 pagi : Talian dibuka terhad untuk menyemak status permohonan, urusan perbankan internet dan melaporkan kehilangan kad.
UNTUK RUJUKAN
Untuk sebarnag maklumat lanjut tentang cara tukar no hp Bank Rakyat,anda boleh layari web rasmi Bank Rakyat di pautan https://www.bankrakyat.com.my/
TRANSACTION AUTHORIZATION CODE (TAC)
Transaction Authorization Code (TAC) adalah kod alfanumerik 8 karakter yang diwajibkan untuk melakukan transaksi dalam talian tertentu melalui iRakyat.
TAC diperlukan untuk melakukan transaksi berikut:
- Pembayaran bil & pendaftaran akaun pihak ketiga
- Transaksi pembayaran Bil Terbuka (Tidak Berdaftar)
- Transaksi Muat Semula Prabayar Buka (Tidak Berdaftar)
- Bayar ke bank Terbuka (Tidak Berdaftar) transaksi
Pendaftaran nombor telefon bimbit yang boleh di daftarkan untuk suatu masa bagi mendapatkan TAC?
Anda hanya boleh mendaftarkan satu nombor pada satu masa.
Mesej ralat akan diminta untuk alasan berikut:
- TAC tidak betul atau telah tamat tempoh
- TAC telah salah memasukkan lebih daripada 3 percubaan.
- Log masuk anda sebelumnya ditolak