SOALAN CONTOH MUET 2022 : FORMAT TERKINI (SPEAKING READING LISTENING & WRITING)
Contoh soalan dan jawapan ujian MUET sebagai panduan buat calon-calon yang akan menduduki Malaysian University English Test (MUET). Adakah anda telah membuat persiapan untuk menghadapi ujian yang merupakan prasyarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi pengajian ijazah pertama? Berikut dikongsikan contoh-contoh Soalan MUET Listening, Reading, Writing dan Speaking (muet past year question papers) sebagai panduan kepada calon untuk lulus dengan markah yang cemerlang.
Ujian MUET lazimnya akan dilaksanakan sebanyak 3 sesi dalam setahun iaitu sesi 1, 2 & 3. Tetapi terdapat juga MUET On Demand di mana pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi MUET yang telah ditetapkan untuk mengambil peperiksaan pada masa tertentu. Oleh itu, pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan MUET dengan mengikuti laman rasmi Majlis Peperiksaaan Malaysia (MPM) yang merupakan pengelola peperiksaaan MUET.
Baca Juga : MUET 2022 : SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN 2022
KOMPONEN UJIAN MUET
Kertas yang ditawarkan dalam ujian MUET meliputi empat kertas seperti yang berikut:
KOD KERTAS | NAMA KERTAS |
800/1 | Listening (50 Minit) |
800/2 | Speaking (30 Minit) |
800/3 | Reading (75 Minit) |
800/4 | Writing (75 Minit) |
SOALAN CONTOH DAN JAWAPAN MUET
Di bawah adalah format dan contoh-contoh soalan dan jawapan MUET Listening, Reading, Writing & Speaking.
Untuk makluman, kempat-empat ujian ini memberi jumlah markah keseluruhan sebanyak 300 markah. Justeru, pelajar sewajarnya tahu ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band atau markah yang cemerlang.
FORMAT UJIAN MUET
Perincian format ujian yang perlu diambil oleh calon adalah seperti berikut:
1. Ujian Pendengaran (Listening Test) :
- 45 markah
- 30 minit
- 20 soalan
2. Ujian Pemahaman (Reading Test):
- 120 markah
- 90 minit
- 45 soalan dan jawapan berbentuk objektif
3. Ujian Lisan (Speaking Test):
- 45 markah
- 30 minit
- 4 calon dalam satu kumpulan
- Dua bahagian iaitu Individual Presentation dan Group Discussion
4. Ujian Penulisan (Writing Test):
- 90 markah
- 90 minit
- Dua bahagian iaitu Report Writing (40 markah) dan Extended Writing (60 markah)
Sebagai panduan untuk calon, pemarkahan MUET ditetapkan mengikut Band seperti berikut:
- Band 6 : 260-300 markah
- Band 5 : 220-259 markah
- Band 4 : 180-219 markah
- Band 3 : 140-179 markah
- Band 2 : 100-139 markah
- Band 1 : 100 dan ke bawah
Dengan panduan ini, diharapkan pelajar dapat memberikan fokus kepada ujian yang menyumbangkan markah yang banyak supaya mendapat Band yang tinggi dan cemerlang.
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN MUET Past Year Question Papers
Calon boleh merujuk koleksi Contoh soalan jawapan MUET di bawah sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan MUET:
Contoh soalan jawapan MUET 2022
i) Contoh soalan jawapan MUET Listening Test
MUET Listening Practice Part 1, Audio Part 1
MUET Listening Practice Part 2, Audio Part 2
MUET Listening Practice Part 3, Audio Part 3
ii) Contoh soalan jawapan MUET Reading Test
iii) Contoh soalan jawapan MUET Speaking Test
- Speaking Test (Theme: Crime)
- Speaking Test (Theme: National Service)
- Speaking Test (Past Year)
- Contoh Ujian Speaking (Video)
Contoh soalan jawapan MUET Writing Test
- MUET 2018 Session 3
- Writing Test MUET Past Year
- Writing Test MUET 2011 Session 1
- Writing Test MUET 2011 Session 2
- Writing Test MUET 2012
TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN MUET
Buat calon yang bakal menduduki peperiksaan MUET, berikut dikongsikan beberapa tips Contoh soalan jawapan MUET yang dapat digunakan untuk menghadapi Listening, Speaking, Reading dan juga Writing Test:
Reading Test
Sudah tentu untuk menjawab Reading Test iaitu ujian membaca dengan mudah, calon harus banyak membaca. Perbanyakkan sumber bahan bacaan tidak kira pengetahuan am atau fakta, novel atau suratkhabar, malah apa-apa jenis bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris pun dapat membantu calon ketika ujian. Hal ini kerana semakin banyak membaca, semakin banyak kosa kata yang dapat dikuasai sekaligus membolehkan seseorang itu untuk membina struktur ayat yang baik tanpa kesilapan tatabahasa
Listening Test
Selalunya ketika bakal menghadapi peperiksaan, para pelajar perlu fokus mengulangkaji dan mengurangkan tontonan televisyen. Namun begitu, untuk menduduki Listening Test (ujian mendengar) MUET, mengulangkaji pelajaran sambil menonton televisyen atau mendengar radio adalah digalakkan. Cara ini dapat membantu calon melatih kemahiran pendengaran mereka sambil membuat kesimpulan daripada apa yang mereka dengar atau tonton
Speaking Test
Menduduki Speaking Test adalah mencabar bagi para pelajar Malaysia. Hal ini kerana majoriti rakyat Malaysia tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini calon boleh perbanyakkan bercakap dalam Bahasa Inggeris antara satu sama lain walaupun menggunakan perkataan yang mudah, asalkan poin atau mesej yang ingin disampaikan itu difahami dengan jelas. Jadikan pertuturan dalam Bahasa Inggeris sebagai budaya supaya tidak kekok semasa ujian lisan nanti
Writing Test
Antara persediaan terbaik yang dapat dilakukan oleh calon untuk menduduki Writing Test adalah dengan menjawab contoh soalan-soalan peperiksaan MUET yang lalu. Pelajar boleh melatih diri menulis jawapan dalam tempoh masa yang ditetapkan selain membiasakan diri dengan format dan corak soalan. Latihan yang berterusan dapat membantu calon mencurahkan idea, pandangan, serta komen dengan lebih bernas dalam tempoh masa yang terhad
Diharapkan perkongsian di atas dapat memberikan manfaat kepada semua khususnya caloncalon MUET. Semoga anda lulus dengan cemerlang dan berjaya mendapatkan tempat di IPTA atau Universiti Awam yang diinginkan.