SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN 12: Jom Lihat Dan Mohon Sekarang Sebelum Tarikh Tutup!
Terdapat banyak bantuan dan inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat serta dapat meneruskan kehidupan dengan baik.
Banyak perkara penting seperti cara pendaftaran, tarikh pembayaran dan lain-lain lagi yang anda perlu ketahui untuk anda tidak terlepas mengenai bantuan bulan terakhir pada tahun 2021 ini.
Didalam artikel ini akan dikongsikan semua bantuan sepanjang Bulan 12, jom semak!
Baca juga disini: CARA MOHON ZAKAT SELANGOR PEDULI: Panduan Permohonan Bantuan Bagi B40
SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN 12: Jom Lihat Dan Mohon Sekarang Sebelum Tarikh Tutup!
Berikut akan disenaraikan bantuan-bantuan sepanjang Disember, sila rujuk dibawah:
a) Bantuan BKC Fasa 3
Bantuan BKC terbahagi kepada 3 fasa. Fasa 1 & fasa 2 telah diagihkan.
Berikut adalah tarikh pembayaran :
BKC Fasa 1 = 6 September 2021
BKC Fasa 2 = 25 November 2021
BKC Fasa 3 = Disember 2021
Yang layak menerima Bantuan Khas Covid Fasa 3 iaitu
- Isi Rumah kategori Miskin Tegar & B40.
- Tiada bayaran bagi golongan bujang & juga M40
Cara semakan sila layari portal : https://bkc.hasil.gov.my
b) I Citra KWSP
i-Citra adalah satu inisiatif daripada kerajaan iaitu kemudahan untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP.
- Ahli KWSP akan dapat RM1,000 setiap bulan sehingga tamat tempoh permohonan.
- Bagi bulan Disember, tarikh pembayaran bermula pada 1 Disember (Rabu).
- Jumlah inisiatif : RM1000
c) Bantuan JKM
Terdapat lebih 11 jenis bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia yang telah disediakan kepada mereka yang layak. Antaranya :
- Bantuan Warga Emas
- Bantuan Kanak-kanak
- Bantuan OKU
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan banyak lagi.
Untuk bantuan JKM pada bulan Disember pula, bantuan tersebut telah dikreditkan ke dalam akaun penerima pada 25hb – 30hb November yang lepas.
Tarikh bayaran pada Januari 2022 pula akan bermula pada 1 hingga10 Januari 2022.
d) Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT 2021 diperuntukkan oleh Kerajaan kepada pekebun kecil getah di Malaysia untuk membantu para pekebun dalam menempuh cuaca yang tidak menentu di Musim Tengkujuh.
- Semakan boleh dibuat di laman berikut : https://bmt.risda.gov.my
- Jumlah Bantuan : RM300
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk pihak berkenaan, pihak kami sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan bantuan kerajaan sila join channel telegram disini: Info Bantuan Kerajaan Malaysia