SEMAKAN PENDAFTARAN PRODUK KKM : CARA CHECK KELULUSAN/PENDAFTARAN DAN SENARAI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap produk menepati piawaian yang ditetapkan sebelum ianya sampai ke pengguna. Sebelum dipasarkan kepada pegguna, semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.
National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah diwujudkan oleh KKM sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan produk-produk kesihatan dan kosmetik yang dijual dipasaran tidak mengandungi bahan terlarang dan selamat untuk pengguna. National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) juga telah melancarkan satu aplikasi yang membolehkan orang ramai mengenalpasti status pendaftaran produk kesihatan yang ingin dibeli dengan hanya menggunakan telefon bimbit.
Baca juga: JANA INCOME DI TIKTOK : CARA BERNIAGA JADI DROPSHIP ATAU AFFILIATE TIKTOK
SEMAKAN PRODUK KKM MALAYSIA
SEMAKAN PENDAFTARAN PRODUK DI KKM
Sebilangan produk yang anda beli dan gunakan mungkin sudah mempunyai nombor pendaftaran produk, yang bermaksud produk tersebut dibenarkan dan sah untuk digunakan. Setiap produk yang telah berdaftar dan lulus akan memperoleh no pendaftaran yang mengesahkan produk itu selamat digunakan.
Namun, untuk sebilangan produk yang tidak mempunyai nama produk, nombor pendaftaran pada bungkusan atau bagi anda yang masih was-was dengan produk tersebut, anda boleh menyemaknya secara online untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan nombor pendaftaran produk secara online.
CARA SEMAKAN PRODUK KKM
1. Anda perlu buka pautan https://npra.gov.my
2. Dalam laman sesawang tersebut boleh klik ikon ‘Produk Search’. Carian produk berdaftar boleh dibuat dengan menggunakan :
- nama produk
- nombor pendaftaran
- nama pemegang pendaftaran
- bahan-bahan aktif
- nama pengilang
- pengimport
3. Pastikan sebelum membuat semakan, Anda sudah mempunyai no siri KKM.
4. Untuk makluman, No siri KKM pada produk kecantikan biasanya bermula dengan kod NOT<nombor pendaftaran> contoh NOT161301787K dan No siri KKM pada produk kesihatan biasanya bermula dengan perkataan MAL<nombor pendaftaran> contoh MAL04126628T
5. Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store bagi menyemak status pendaftaran produk tersebut.
Jika produk tersebut adalah produk yang berdaftar, status pendaftaran akan dipaparkan. Selepas memeriksa nombor pendaftaran, pengguna dinasihatkan untuk menyemak kesahihan label hologram melalui ahli farmasi di hospital, klinik atau premis farmasi berdekatan.
KOD PRODUK
Kategori pendaftaran produk:
A – ubat mengandungi racun terkawal (eg: antibiotik, darah tinggi)
X – ubat yang tidak mengandungi racun terkawal / OTC (eg: paracetamol, aspirin)
T – ubat tradisional (eg: Jamu, minyak urut, minyak gamat)
N – natural produk/ubat supplemen kesihatan (eg: minyak ikan kod, multivitamin, glucosamine)
H – Ubat Veterinar
Di samping itu juga, berkemungkinan terdapat kod pentadbiran yang digunakan oleh pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara diletakkan selepas kategori produk. Kod pentadbiran tersebut adalah :
C – Contract Manufactured (the product is manufactured by a GMP certified contract manufacturer)
E – For Export Only (FEO) (the product is to be sold for export only and not for sale in the local market)
R – Packed and/or repacked (the product is packed and/or repacked by an approved GMP certified packer and/or repacker)
S – Second source (the product is from a second source/ approved second manufacturer)
Y – Orphan products
Z – Produk yang digezetkan sebagai berkadar sifar di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014.
KKM CHECK QR CODE
Ketulenan Pelekat Hologram boleh disemak menggunakan:
1.Dekoder MeditagTM
Alat ini disediakan di kedai-kedai farmasi. Pengguna boleh membawa ubat ke kedai farmasi berdekatan untuk membuat semakan.
2.Aplikasi MeditagTMChecker
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Android Google Play (untuk pengguna telefon bimbit jenis android) atau OS Apps Store (untuk pengguna telefon bimbit jenis iPhone).
SENARAI PRODUK KELULUSAN KKM 2022
MACAM MANA NAK CHECK KELULUSAN KKM
Untuk senarai terkini KKM approved product, sila rujuk link di bawah: