PINJAMAN TEKUN : MOHON PINJAMAN TEKUN MIKRO DAN INFORMAL SEHINGGA RM10000
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) adalah skim pembiayaan mikro bagi memulih semula perniagaan sedia ada bagi usahawan yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19.
Ia berfungsi sebagai suntikan modal pusingan dengan jumlah pembiayaan tekun sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 kepada peniaga yang kehilangan pendapatan sepanjang PKP
Skim CBRM ini dibuka kepada semua peniaga warganegara Malaysia dalam sektor perniagaan yang mematuhi syariah tempoh penangguhan 6 bulan dan tempoh pembiayaan sehingga tempoh maksima 3 tahun
Baca jiga disini: CHECK MYBKM : SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
PINJAMAN TEKUN : MOHON PINJAMAN TEKUN MIKRO DAN INFORMAL SEHINGGA RM10000
Cara Memohon
- Download dan Print Borang permohonan di laman web ini https://tekunfin.tekun.gov.my/register
- Dokumen sokongan yang diperlukan di atas juga perlulah disertakan sekali dengan borang permohonan.
- Tempoh yang diambil adalah 10 hari bekerja selepas menerima borang permohonan yang lengkap.
- Jika ada sebarang soalan anda boleh berurusan dengan pegawai TEKUN nasional di cawangan yang berhampiran
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika yang berkenaan)
- Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik/air/telefon)
- Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Usahawan mikro yang perniagaannya terjejas kesan wabak COVID-19
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
- Mempunyai pendaftaran ebiz ssm atau Permit PBT (Lesen Penjaja)
- Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
- Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
- Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (bagi usahawan sedia ada)
Butiran Lanjut
Sila hubungi Pegawai Tekun Ibu Pejabat seperti berikut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM :
- Mohd Yusliezal Mohd Yusof (019-609 6251) / Mohd Yusri Mohd Yusob (012-551 6275) atau;
- Boleh terus hubungi di nombor khidmat pelanggan ini 03-9059 8888
- Borang Permohonan boleh didapati di bawah perkongsian ini