PERMOHONAN GIATMARA 2022(CARA PERMOHONAN GIATMARA GsPEL GIATMARA) : Secara Atas Talian & Manual
Apa Itu GIATMARA?
Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan Latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.
Contents
PERMOHONAN GIATMARA 2022(CARA PERMOHONAN GIATMARA GsPEL GIATMARA)
APA ITU GSPEL?
Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA (GSPel) adalah satu sistem yang berasaskan
Aplikasi Web bagi mengurus sepenuhnya proses pengambilan atau kemasukan pelatih
sehingga pelatih tamat bagi Ibu Pejabat GIATMARA, Pejabat GIATMARA Negeri dan
juga semua Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia.
Sistem GSPel ini antara lain menguruskan:
- Proses permohonan pelatih secara atas talian,
- Proses temuduga dan pendaftaran pelatih di Pusat GIATMARA,
- Proses pengurusan dan pengeluaran elaun pelatih,
- Proses pemarkahan dan persijilan pelatih, dan
- Proses mengemaskini maklumat pelatih
Cara Permohonan GSPEL GIATMARA
Para belia boleh membuat pendaftaran melalui dua cara:
Pendaftaran Online
Untuk pendaftaran anda boleh layari laman web : www.giatmara.edu.my atau terus isi borang online di sini
Pendaftaran Manual
Sila muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.
http://giatmara.edu.my/wp-content/uploads/2016/11/BORANG-PERMOHONAN-SEPENUH-MASA-GIATMARA.pdf
Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.
Baca Juga Disini : CARA SEMAK STATUS BAYARAN BPR TAMBAHAN UNTUK AKAUN SELAIN BSN DAN TIADA AKAUN
Syarat Permohonan GIATMARA 2021
- Bumiputera
- Berumur 15 Tahun Ke atas
- Sihat tubuh badan
- Minat Bidang Kemahiran Yang Ingin Dipelajari
- Tamat tingkatan 5 dan 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhaniaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjana Elektrik.
Kelebihan GIATMARA
- Kemudahan Latihan
- Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
- Sijil Profesional yang diiktiraf industri
- Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
- Pembangunan Usahawan(Rintis Niaga)
Senarai Kursus & Sijil Di GIATMARA
Senarai kursus yang ditawarkan bagi permohonan GSPEL GIATMARA adalah seperti berikut:
- Kursus Kluster Komputer dan Networking
- Kluster Elektrikal (KEL)
- Kursus Kluster Fabrik
- Kluster Elektronik Mekatronik
- Kursus Kluster Kulinari
- Kluster Hospitaliti
- Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
- Kursus Kluster Mekanikal
- Kluster Pembuatan
- Kluster Senibina
- Kursus Kluster Pengangkutan
Kursus Kluster Creative Media
Senarai Pensijilan DI GIAT MARA
Berikut adalah pensijilan yang ditawarkan DI GSPEL GIATMARA:
- Sijil Profesional GIATMARA
- Sijil Kemahiran GIATMARA
- Sijil Modular GIATMARA
- Sijil Teknologi GIATMARA
- Sijil Kehadiran GIATMARA
- Sijil Kemahiran Warisan GIATMARA
- Sijil Perantisan GIATMARA
- Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &
- Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
- Sijil Kemahiran Malaysia
- Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
- Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
- Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity
Butiran
Untuk maklumat lanjut tentang Permohonan GIATMARA 2022 (gspel.giatmara.edu.my)2022, sila hubungi Pusat GIATMARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIATMARA di
WISMA GIATMARA
No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]