in

PENYATA BANK ISLAM ONLINE : CARA DAPATKAN STATEMENT

PENYATA BANK ISLAM ONLINE

PENYATA BANK ISLAM ONLINE : CARA DAPATKAN STATEMENT

Bank Islam internet banking merupakan perkhidmatan perbankan Bank Islam yang dapat memudahkan Anda melakukan urusniaga kewangan seperti transfer, topup, bayar bil, penjadualan dan lain-lain. Bank Islam IB dapat diakses secara 24 jam sehari, sehingga Anda boleh melakukan transaksi pada bila masa secara cepat, pantas dan selamat.

Secara asasnya, cara dapatkan penyata Bank Islam cukup-cukup mudah kerana ia boleh dilakukan secara online. Kami faham, ada beberapa sebab anda perlu dapatkan statement Bank Islam. Antaranya ialah untuk memohon pinjaman kereta ataupun rumah dan anda perlu buktikan pendapatan atau gaji masuk setiap bulan.

Dalam artikel kali ini, kami kan kongsikan dengan anda tentang bagaimana cara untuk dapatkan penyata Bank Islam daripada pihak bank supaya anda tidak membuang masa lama menunggu.

Baca juga artikel lain : PANDUAN AKTIFKAN KAD DEBIT (MAYBANK BANK ISLAM CIMB BSN PUBLIC BANK)

APA ITU STATEMENT BANK

Penyata Bank Islam

Statement bank merujuk kepada mana-mana dokumen yang menunjukkan ringkasan rasmi akaun di mana sahaja akaun itu dipegang.

Contohnya, syarikat insurans mungkin menyediakan penyata akaun yang meringkaskan nilai tunai yang telah dibayar.

Penyata akaun boleh dijana untuk hampir semua jenis akaun termasuk akaun pembayaran dalam talian seperti PayPal, akaun kad kredit, akaun pembrokeran dan akaun simpanan.

Untuk penyata Bank Islam, anda boleh melihat:

  • Jumlah aliran keluar masuk duit anda
  • Sumber duit
  • Jenis perbelanjaan
  • Tarikh aliran keluar masuk duit anda

CARA DAPATKAN DAN AKTIFKAN E-STATEMENT/E-PENYATA AKAUN BANK ISLAM

Penyata Akaun Bank

Sekiranya anda baru pertama kali mahu mendapatkan penyata akaun secara online (dipanggil e-Statement), anda perlu melanggan atau mengaktifkannya terlebih dahulu.

  1. Log masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik My Accounts
  3. Klik e Statement, kemudian Download
  4. Pilih Maintenance
  5. Klik pada kotak pengesahan Terma dan Syarat
  6. Klik pada butang Proceed
  7. Account/Card yang diingini
  8. Masukkan emel (penyata akaun akan dihantar ke emel ini setiap bulan)
  9. Klik pada butang Proceed
  10. Klik link Request i-Access Code
  11. Masukkan kod yang dihantar ke telefon pintar anda untuk pengesahan
  12. Klik Confirm

CARA DAPATKAN STATEMENT BANK ISLAM ONLINE

Cara Dapatkan Salinan Akaun Bank Islam

Untuk mendapatkan penyata Bank Islam secara online, anda perlulah terlebih dahulu telah mengaktifkan akaun perbankan internet Bank Islam anda.

Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
  2. Klik My Accounts
  3. Klik e Statement, kemudian Download
  4. Pilih Account/Card yang diingini
  5. Pilih bulan penyata kewangan yang ingin dimuat turun
  6. Klik buka untuk melihat penyata akaun
  7. Kemudian, klik Save untuk memuat turun penyata Bank Islam anda

Untuk cetak penyata akaun tersebut, buka fail yang telah dimuat turun di komputer anda dan cetak seperti biasa.

AKHIR KATA

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara untuk dapatkan penyata Bank Islam ini akan memudahkan urusan perbankan anda.

Sila simpan salinan statement Bank Islam anda baik-baik kerana ia boleh digunakan untuk permohonan-permohonan lain jika ada. Apa-apa pun, semoga urusan permohonan pinjaman anda dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

RUJUKAN

Address:
Bank Islam Malaysia Berhad

Level 32, Menara Bank Islam

No. 22, Jalan Perak

50450 Kuala Lumpur

Head Office General Line:
+603-2707 8000

Contact Centre:
+603 26 900 900

Email:
[email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE

SEMAK PEMILIK KENDERAAN ONLINE (CARA CHECK OWNER KERETA)