PANDUAN PADAM PINDAH MAKLUMAT TANGGUNGAN MYSEJAHTERA
Apa itu MySejahtera
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Oleh kerana kebiasaanya semasa pendaftran vaksin akan daftar di bawah tanggungan (samada suami/isteri/ibu/bapa/anak) untuk memudahkan pendaftaran, tetapi jika begitu bagaimana pula untuk penggunaan sijil digital vaksin ingin memamsuki premis.
Sekarang bila dah lengkap vaksin, untuk memudahkan urusan dikemudian hari sekarang anda ingin menukar maklumat dalam mySejahtera. Jangan risau kami akan kongsikan dibawah caranya.
Baca juga disini: CARA PRINT SIJIL DIGITAL VAKSIN MYSEJAHTERA & CARA DOWNLOAD SIJIL VAKSIN GUNA HP CEPAT DAN MUDAH
PANDUAN PADAM PINDAH MAKLUMAT TANGGUNGAN MYSEJAHTERA
Berikut akan dikongsikan beberapa maklumat berkaitan cara adam dan pindah maklumat dalam mySejahtera, sila rujuk dibawah dengan lebih lanjut:
Padam Tanggungan Dalam MySejahtera
- Langkah pertama anda perlu padamkan nama anda(tanggungan) dalam telefon bimbit suami/isteri atau orang yang telah mendaftarkan nama anda sebagai tanggungan (dependent).
- Klik pada‘Remove Dependent’ di bawah ikon COVID-19 Vaccination.
Daftar MySejahtera Di Handphone Sendiri
- Setelah selesai delete nama anda(tanggungan) tadi baru boleh daftar akaun MySejahtera di handphone sendiri.
- Pastikan anda telah install MySejahtera terlebih dahulu.
- Klik pada ikon COVID-19 VACCINATION
- Klik Vaccine untuk Nama Anda
- Sahkan Maklumat anda dan tekan Confirm
- Jawab semua soalan yang tertera dan sahkan sekali lagi, tekan Submit.
- Notif Pendaftaran Selesai akan diterima.
- Selepas dah terima notifikasi Pendaftaran Selesai, anda boleh semak sijil digital vaksin anda seperti biasa.
Mudahkan! Sekarang anda sudah boleh guna mySejahtera seperti biasa untuk memasuki mana-mana premis.
Itu sahaja yang ingin dikongsikan, semoga bermanfaat kepada semua pengguna mySejahtera dan stay safe walau dimana anda berada. Terima Kasih
Baca juga info dari group Telegram : Info Bantuan Kerajaan Malaysia