LOG MASUK APDM 2022 : LOGIN KEMASKINI PROFIL DATA MURID KPN ONLINE
Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2022 secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.
Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara atas talian sama ada melalui telefon pintar (handphone) , komputer meja (desktop) atau computer riba (laptop).
Sekiranya tuan/puan tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.
Baca Juga: SEMAKAN PKSK ONLINE (SEMAK PUSAT UJIAN PKSK TINGKATAN 1/TINGKATAN 4 SESI 2022)
Tujuan Kemaskini APDM Ibu Bapa / SPATKPM
- Mengelakkan pengisian berulang kali
- Mendapatkan paparan dan maklumat anak yang bersekolah
- Mengetahui status kewangan pelajar
membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar
nota: Log masuk apdm.ibubapa diluar sana harus BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat dengan memasukkan maklumat pendapatan yang betul agar dapat dibuat tapisan bagi pelajar yang layak menerima sebarang bantuan. Maklumat mestilah SAH DAN BENAR.
Cara Kemaskini Profil Online
1.Layari laman web SPATKPM di pautan https://public.moe.gov.my/
2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)
Rujuk cara daftar pengguna kali pertama melalui infografik di bawah:
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Bahan Rujukan.
3. Selepas daftar, sila Login.
4. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.
5. Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.
6. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:
- Profil Anak Jagaan
- Alamat Anak Jagaan
- Maklumat Penjaga
7. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.
Lupa Kata Laluan SPATKPM
Jika terlupa password / username, anda boleh mendapatkan kata laluan melalui e-mel atau soalan keselamatan.
- Tekan Lupa Kata laluan -> Isi semua medan No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATA LALUAN.
- Anda juga boleh memilih Tab Soalan Keselamatan atau Tab Padanan Anak.
- Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.
Jika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan)
Meja bantuan Negeri/PPD.
ATAU
Rujuk Soalan Lazim SPATKPM / APDM Ibu bapa di pautan di bawah:
https://public.moe.gov.my/?kpm=faq