in

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan

Baca Juga: CARA BAYAR PINJAMAN PTPTN GUNA SHOPEE: Dapat Claim Cashback RM25

JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

PEGAWAI PERTAHANAN AWAM – GRED KP41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Jabatan: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
  • Gaji: RM2,081 – RM9,547
  • Kenaikan tahunan: RM225
  • Kekosongan: 8
  • Simpanan: 15

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    – Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081); atau
    – Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai reskod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081); atau
    – Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285).
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    – Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    – Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    – Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    – Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    – Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    – Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    – Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2021, SELASA (11.59 MALAM).

JAWATAN LAIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARA TUKAR ASTRO KE NJOI SECARA ONLINE

CARA TUKAR ASTRO KE NJOI SECARA ONLINE: Panduan Convert Dengan Mudah Atas Talian

CARA BUAT MAYBANK2U: SEMAK BAKI CHECK DIVIDEN ASB SECARA ONLINE

CARA BUAT MAYBANK2U: SEMAK BAKI CHECK DIVIDEN ASB SECARA ONLINE