in

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

Berita baik kepada yang mencari pekerjaan PERDA membuka pelbagai jawatan kosong kepada warganegara malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Baca Juga: Cara Bayar Saman PDRM Online 2021 (mybayar.rmp.gov.my)

PENGENALAN

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang atau PERDA adalah sebuah lembaga yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyelia pembangunan pertanian di Pulau Pinang.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang 1983, Akta 282.

JAWATAN KOSONG LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)

Berikut merupakan maklumat iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Kami hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR/PENSYARAH (MULTIMEDIA) – N41
    Taraf Jawatan: Kontrak
    Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PEGAWAI TADBIR/PENSYARAH (PENGAJIAN PERNIAGAAN) – N41
    Taraf Jawatan: Kontrak
    Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PEMBANTU OPERASI – N11
    Taraf Jawatan: Kontrak
    Gaji: RM1,216 – RM2,983.00
  4. PENOLONG JURUTERA – JA29
    Taraf Jawatan: Pekerja sambilan harian
    Gaji: RM72/sehari

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem e-Recruit PERDA – DI SINI.

Kepada calon yang belum mendaftar di sistem berkenaan, calon dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu dan mengisi makluma yang diminta dengan tepat.

Manakala, khusus bagi jawatan sambilan (Penolong Jurutera – JA29) pemohon perlu mengemukakan resume beserta Curriculum Vitae (CV) terbaru yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar bersaiz pasport.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG
No. 1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
(u.p:Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 DISEMBER 2021, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *