HIBAH TABUNG HAJI : CARA BUAT SEMAKAN BONUS HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2022
Makluman : Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) kadar peratus kepada pendeposit serta tambahan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sekiranya prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 akan diumumkan pada tarikh yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH).
Baca juga disini: BORANG BKM : PORMOHONAN DAN KEMASKINI BKM 2022
Tarikh Pengumuman
(Tarikh rasmi belum diumumkan lagi dan akan dikemaskini dan akan diupdate dari masa ke semasa).
Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas tarikh yang diumumkan nanti.
Cara Semak Bonus Hibah TH 2022
Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.
- Pergi ke laman web rasmi ThiJARI di www.thijari.com.my.
- Masukkan Login ID yang telah didaftarkan.
- Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan secara automatik akan dipaparkan setelah berjaya login ke THiJARI.
- Untuk semak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu Ringkasan Akaun pada akaun yang diinginkan.
Butiran Lanjut
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian +603 – 6207 1919 atau;
- Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji.