eprasekolah.moe.gov.my (Permohonan dan Semakan Keputusan Prasekolah KPM)
Untuk pengetahuan ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk membuat permohonan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan 2022, kini ibu bapa boleh membuat pendaftaran secara online melalui sistem login ePrasekolah di bawah KPM.
Selain itu, ibu bapa boleh membuat semakan pra sekolah sesi 2022 dan 2021 menerusi eprasekolah.moe.gov.my. Sistem login ePrasekolah ini diwujudkan untuk memudahkan serta menyenangkan ibu bapa membuat permohonan prasekolah hanya menerusi online dan tidak perlu melakukan secara manual. Tambahan pula, di zaman pandemik Covid19 ini menyebabkan pergerakan terbatas dan risiko untuk dijangkiti wabak ini semakin tinggi jika melakukan urusan secara offline.
Jadi di bawah ini pihak kami kongsikan kepada ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran pra sekolah 2022 online.
Baca juga : CARA TUTUP AKAUN ASTRO ONLINE
Contents
CARA REGISTER EPRASEKOLAH.MOE.GOV.MY
Sebelum anda memulakan pendaftaran ePrasekolah ini, ibu bapa mestilah daftar sebagai pengguna dahulu. Selepas anda mendaftar sebagai pengguna ePrasekolah ini anda boleh ikuti panduan permohonan pra sekolah di bawah :
- Sila masuk ke laman web rasmi ePrasekolah di bawah ini.
Layari pautan ini : https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Tekan Daftar Pengguna jika masih lagi belum mendaftar.
Sekali lagi, ibu bapa dinasihatkan mendaftar dahulu sebelum membuat sebarang permohonan dan semakan.Sila rujuk panduan daftar pengguna login ePrasekolah KPM di bawah.
- Jika sudah daftar sila masukkan Nombor MyKad anda.
- Isi Password atau Kata Laluan anda.
- Tekan Log Masuk.
- Sila klik Borang Permohonan Prasekolah.
- Anda dikehendaki lengkap maklumat yang diminta.
- Sila pilih Sekolah untuk kemasukan Prasekolah untuk anak anda.
Kebiasaan ibu bapa akan memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka ataupun berdekatan dengan tempat kerja mereka untuk memudahkan urusan hantar dan balik anak mereka.
- Sila buat Pengesahan Permohonan.
Pengesahan ini dibuat oleh ibu atau bapa atau penjaga yang mendaftarkan anak ini.
- Sila tekan Hantar Permohonan anda.
- Pastikan anda Cetak Borang Permohonan anda.
Ibu bapa dinasihatkan untuk cetak borang pendaftaran eprasekolah untuk tujuan rujukan dan di hantar ke pejabat sekolah yang diminta.
- Sila Hantar Borang Manual ePrasekolah yang dicetak tadi di sekolah yang dipohon.
Pastikan anda menghantar borang manual ePrasekolah yang telah dicetak tadi ke sekolah yang anda pohon sebelum tarikh tutup. Sebarang kelewatan penghantaran borang manual prasekolah tadi boleh menyebabkan permohonan pendaftaran pra sekolah anak anda di tolak.
Pesanan penting kepada ibu bapa yang memohon pra sekolah :
- Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan belum dibuat oleh pihak sekolah).
- Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
- Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
- Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
- Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.
Baca juga : Cara Print Sijil Digital Vaksin MySejahtera
CARA DAFTAR LOGIN EPRASEKOLAH KPM
Berikut adalah cara daftar sebelum login eprasekolah KPM :
- Layari laman web rasmi eprasekolah KPM di sini : https://eprasekolah.moe.gov.my/.
- Tekan Daftar Pengguna.
- Kemudian, dibahagian Pendaftaran Pengguna.
- Sila masukkan Nama Penuh anda.
- Nombor MyKad atau Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Sila cipta Kata Laluan atau Password anda.
- Sahkan Kata Laluan atau Password anda tadi lagi sekali.
- Kemudian, masukkan email anda.
- Sila pilih soalan keselamatan yang anda senang jawab.
- Sila jawab soalan keselamatan tadi.
- Pastikan anda ingat Kata Laluan, Soalan Keselamatan dan Jawapan anda.
- Tekan Simpan.
- Sekarang anda sudah boleh login eprasekolah KPM.
- Pergi ke laman web rasmi di step 1 tadi.
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Masukkan Password atau Kata Laluan anda.
- Tekan Log Masuk untuk login eprasekolah.
- Sekarang anda boleh rujuk step cara daftar pra sekolah sesi 2022 2023 2021 di atas.
Untuk pengetahuan anda, pihak kami juga berkongsi cara semakan prasekolah sesi tahun anda anda membuat permohonan. Sila rujuk di bawah ini untuk semakan eprasekolah.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM eprasekolah.moe.gov.my
Berikut adalah cara membuat semakan keputusan permohonan prasekolah KPM :
- Layari pautan : https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik Log Masuk.
- Tekan bahagian Semak Permohonan.
- Butiran anak anda akan dipaparkan.
- Maklumat sekolah yang berjaya di paparkan.
- Sila Cetak surat tawaran Prasekolah anak anda untuk dihantar kepada semasa pendaftaran.
- Selesai.
Sila rujuk status di bawah adalah merujuk kepada status permohonan pendaftaran pra sekolah anak anda :
- Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
- Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
- Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
- Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
- Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Jika anda ingin membuat rayuan prasekolah tidak berjaya sila ikuti panduan di bawah :
RAYUAN PRASEKOLAH TIDAK BERJAYA
Ini merupakan panduan bagaimana untuk anda membuat rayuan prasekolah tidak berjaya menggunakan login eprasekolah.
- Sila masuk ke portal eprasekolah : https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda dan juga Kata Laluan anda.
- Log Masuk ke portal.
- Cari pilihan Rayuan Permohonan.
- Sila isi butiran yang dikehendaki untuk memohon rayuan prasekolah tidak berjaya.
- Klik Hantar dan Simpan jika anda sudah selesai membuat rayuan.
- Untuk semakan keputusan rayuan prasekolah anda boleh semak dengan ikuti panduan di atas.
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan secara online di laman web eprasekolah. Boleh ikuti panduan di dalam artikel ini untuk cara membuat rayuan pra sekolah.
Caranya adalah masuk ke laman web terbabit dan pastikan anda daftar pengguna dahulu dan tekan borang permohonan prasekolah sesi kemasukan. Anda boleh ikuti panduan yang kami sediakan di dalam artikel ini.
Anda boleh membuat semakan prasekolah secara online dengan layari laman web permohonan eprasekolah dan tekan butang semakan permohonan. Nanti maklumat status dan maklumat sekolah akan dipaparkan. Sila masuk ke artikel ini jika anda ingin tahu cara membuat semakan keputusan kemasukan prasekolah.
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah, pihak ibu bapa atau penjaga boleh hubungi pihak berwajib di bawah :
Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang ingin dipohon, anda boleh membuat pertanyaan terus kepada pihak prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email protected].
Sejajar dengan arus perkembangan semasa, KPM juga mempunyai akaun rasmi di alam maya untuk memudahkan pihak anda berhubung terus dan mendapatkan segala infomasi terkini.
Facebook
https://www.facebook.com/KemPendidikan/
Twitter
https://twitter.com/KemPendidikan/
Instagram
https://www.instagram.com/kempendidikan
Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCvsVpvGlxtYlOc7Se4CPRIQ
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:CARA BAYAR BIL IWK ONLINE & SEMAKAN eBILL Indah Water Konsortium(Guna Maybank2u/CIMB CLICK/JomPay) | Semakan Keputusan