in

DUIT TABUNG HAJI : CARA KELUARKAN ATAU WITHDRAW MELALUI ONLINE KE BANK

DUIT TABUNG HAJI

DUIT TABUNG HAJI : CARA KELUARKAN ATAU WITHDRAW MELALUI ONLINE KE BANK

Pasti ada sesetengah dari kita yang menyimpan di Tabung Haji, tetapi ada masalah bila ingin berurusan seperti keluar duit atau apa-apa kerana cawangan bank Tabung Haji tidak banyak seperti bank lain.

Sudah tentu masih ramai yang belum tahu tentang kemudahan yang dibuat iaitu TH juga boleh berurusan dengan bank-bank lain melalui online sahaja.

Baca juga disini: HIBAH TABUNG HAJI : CARA BUAT SEMAKAN BONUS HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2022

Akan tetapi jika transfer melalui online banking sahaja caj akan dikenakan RM1, memang nampak sedikit tapi jika kita ada banyak akaun dan transaksi dibuat setiap bulan selama setahun mesti sudah banyak kan.

Jadi disini kami akan kongsikan cara untuk transfer melalui JomPay secara percuma.

CARA KELUARKAN ATAU WITHDRAW MELALUI ONLINE KE BANK DUIT TABUNG HAJI 

Apa itu JomPay Tabung Haji

JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Ke Bank Melalui JomPay

  1. Anda perlu log masuk ke online banking bank pilihan anda terlebih dahulu
  2. Kemudian pilih JomPay
  3. Anda perlu mengisi maklumat transaksi dan verify transaksi
    >Biller Code – 60228 (setiap bank guna kod sama)
    >Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
    >Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    >Ref-2 – jika ada
    >Amaun (RM)
  4. Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan sebaliknya dana akan dikembalikan.
  5. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH mereka dengan menghubungi THCC di talian +603-6207 1919.

Cara Keluarkan Duti Tabung Haji Melalui Maybank2u

  1. Log in ke akaun Maybank2u
  2. Kemudian klik Pay & Transfer
  3. Pada kolum Transfer From pilih Tabung Haji Account
  4. Pada kolum Transfer To pilih Own Accounts
  5. Kemudian pilih Saving Account (masukkan nombor akaun)
  6. Seterusnya Transfer Amount (masukkan jumlah yang ingin dekeluarkan)
  7. Pada ruangan Reference (isi apa-apa sahaja yang berkaitan)
  8. Klik Transfer
  9. Nombor TAC akan diberi melalui telefon. masukkan nom TAC berikut
  10. Dan last klik Confirm dan transaksi berjaya.

Butiran Lanjut

Untuk mengetahui info lanjut berkaitan cara pengeluaran wang anda dari Tabung Haji ke akaun bank lain, boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) 

atau sila hubungi ;

Telefon: +603 – 6207 1919
Faks: +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]
Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DIVIDEN KWSP 2022

DIVIDEN KWSP 2022 : CARA SEMAKAN ATAU CHECK MELALUI i-AKAUN EPF