DAFTAR MBSB ONLINE : CARA PENDAFTARAN MBSB BANK ONLINE BANKING UNTUK SEMAK BAKI
Pada kemajuan dalam teknologi zaman sekarang telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan, termasuk dalam pelbagai perkhidmatan digunakan setakat ini. Dengan sokongan internet, perkhidmatan perbankan adalah salah satu yang telah mengalami banyak perubahan dan kemajuan. MBSB Bank telah perkenalkan perkhidmatan online banking untuk kemudahan pengguna.
MBSB Bank merupakan salah satu bank yang menjalankan perniagaan perbankan Islam di Malaysia. MBSB Bank telah diberikan lesen oleh BNM (Bank Negara Malaysia) serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah akta perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013. MBSB Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Deposit Bertempoh, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Hartanah dan lain-lain.
Baca juga : Senarai Lokasi Coin Deposit Machine Seluruh Malaysia
DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK REGISTER MBSM ONLINE
Untuk pendaftaran kali pertama, anda hendaklah sediakan :
- Nombor kad debit atau kredit
- PIN kad debit atau kredit
- Telefon nombor yang telah didaftarkan
CARA DAFTAR MBSB ONLINE
Berikut adalah cara daftar MBSB Online Banking:
- Layari laman rasmi MBSB: https://www.mbsbjourney.com/rib/
- Tekan butang NEW USER?REGISTER NOW.
- Terdapat dua pilihan untuk daftar iaitu:
1. Debit card
2. Financing Account - Sekiranya anda pilih debit card tekan Register Now
1. Masukkan No Debit card anda
2. Masukkan 6 Digit Pin anda
3. Masukkan Catcha yang tertera,
4. Tekan Next - Sekiranya anda pilih Financing Account tekan Register Now
1. Masukkan Financing Account No anda
2. Pilih ID Type – Sekiranya pilih new IC
3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
4. Masukkan Catcha yang tertera,
5. Tekan Next - Seterusnya masukkan maklumat peribadi Anda pada bahagian Personal Details.
- Kemudian ikuti panduan seterusnya sehingga pendaftaran Anda berjaya.
- Selesai
Baca juga : Cara Memohon Moratorium CIMB Bank Loan Kereta
CARA LOGIN MBSB ONLINE BANKING
- Layari laman web MBSB Obline Banking: https://www.mbsbjourney.com/rib/
- Masukkan USERNAME anda, tekan Login.
- Gambar Keselamatan anda akan terpapar. Klik Yes
- Masukkan password anda.
- Tekan Login
- Anda telah berjaya login akaun MBSB Online Banking anda
SOALAN LAZIM
Terlupa nombor PIN dan memasukkan PIN yang salah beberapa kali.
Percubaan PIN adalah maksimum 3 kali berturut-turut. Percubaan yang salah pada kali keempat secara berturut, status kad akan disekat secara automatik. Pengiraan pengesahan PIN akan digabungkan antara terminal (CRM) dan Perbankan Internet. Sebagai contoh, 2 percubaan PIN yang salah di terminal (CRM) dan 1 percubaan PIN yang salah di Perbankan Internet akan dikira secara kolektif sebanyak 3 kali. Oleh itu, sila terus ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk permohonan PIN baru.
Nombor Customer Service MBSB
Untuk pertanyaan sila hubungi customer service MBSB : 03-20963000
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar MBSB online Banking atau sebarang persoalan, anda boleh:
Layari web rasmi MBSB: https://www.mbsbbank.com/en
Talian Perkhidmatan Pelanggan: 03 – 2096 3000
Email: [email protected]
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:DAFTAR VAKSIN : CARA DAFTAR VAKSIN COVID19 SELAIN MYSEJAHTERA | Semakan Keputusan