in

CARA TEBUS VOUCHER BKM 2022 (NO BAUCAR DAN LANGKAH TUNAIKAN DI BSN)

CARA TEBUS VOUCHER BKM

CARA TEBUS VOUCHER BKM 2022 (NO BAUCAR DAN LANGKAH TUNAIKAN DI BSN)

Jika anda telah LULUS BKM FASA 3 tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BKM tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BKM Fasa 3 anda GAGAL KREDIT.

Bagaimanakah cara nak dapatkan no baucar BKM FASA 3?Bagaimana nak buat semakan no baucar BKM untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)?

Baca Juga: SEMAK STATUS BKM : CHECK LULUS ATAU TIDAK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

APA ITU NOMBOR BAUCAR BKM?

NOMBOR BAUCAR BKM ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Keluarga Malaysia tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut.

Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BKM untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

CARA DAPATKAN NO BAUCAR BKM FASA 3

Berikut adalah cara tebus voucher BKM Fasa 3:

  1. Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Pada bahagian Semakan Status,sila masukan nombor kad pengenalan pemohon
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  4. Klik CARI
  5. Berikut adalah maklumat yang dipaparkan:
    Nama
    Fasa
    Jumlah Bayaran
    Status Kredit
    Tarikh Tunai
    Nama Tunai Bank
    Nama Bank
    No Akaun Bank
    Kod Tidak Berjaya
    No Baucar
  6. Sila bagi perhatian bahagian STATUS KREDIT.Akan dipaparkan GAGAL KREDIT
  7. Sila bagi perhatian bahagian No Baucar BKM Fasa 3. Salin no baucar untuk dibawa ke BSN untuk dapatkan duit BPN anda.

CARA TUNAIKAN BAUCAR BKM FASA 3

Untuk membuat penunaian Baucar BKM Fasa 3, penerima BKM hanya perlu membawa NoBaucar BKM Fasa 3 dan Kad Pengenalan ke cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran.

SEMAKAN WAKTU OPERASI KAUNTER BAGI CAWAGAN BSN

Berikut adalah waktu operasi bagi kaunter BSN di seluruh Malaysia: https://www.bsn.com.my/page/operating-hours?lang=ms-MY

SOALAN LAZIM NO BAUCAR BKM

1.Bagaimanakah kaedah pembayaran BKM bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak yang tidak mendaftarkan maklumat akaun bank dalam permohonan BKM?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan dibuat mulai (akan dikemaskini kemudian) melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

2.Akaun Bank yang saya laporkan semasa permohonan BKM salah atau tidak aktif.Adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank?

Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah Tuntutan Tunai di Cawangan BSN

3.Semakan mendapati saya telah lulus BKM tetapi bayaran dibuat kepada bekas pasangan saya. Adakah saya boleh membuat tuntutan BKM berkenaan?

Tuntutan BKM hanya boleh dibuat oleh penerima BKM sahaja.

4.Bilakah tarikh untuk tunaikan duit BKM Fasa 3 di Bank Simpanan Nasional?

20 September 2022 (Selasa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PERMOHONAN RUMAH PPRT

PERMOHONAN RUMAH PPRT 2022 (CARA DAN SYARAT UNTUK MEMOHON)