CARA MOHON ZAKAT SELANGOR PEDULI: Panduan Permohonan Bantuan Bagi B40
Apa itu Zakat Selangor Peduli
Zakat Selangor Peduli ini dikhaskan untuk B40, dan BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS.
Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).
Warga Selangor yang layak boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup 10 Disember 2021.
Baca juga disini: CARA MOHON JUMPER PUNB 2022: Panduan Permohonan & Syarat Kelayakkan
CARA MOHON ZAKAT SELANGOR PEDULI: Panduan Permohonan Bantuan Bagi B40.
Berikut akan dikongsikan maklumat berkaitan dengan lebih lanjut, sila rujuk dibawah:
Syarat-syarat Permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara atau pemastautin tetap
- Lahir & menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
- Pemohon haruslah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
- Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
Individu yang terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:
- Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
- Masih diarah cuti tanpa gaji
- Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan
- Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
Cara Permohonan
Permohonan bagi bantuan Zakat Selangor Peduli ini boleh dibuat melalui link laman rasmi berikut : Zakat Selangor Peduli
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan Zakat Peduli Selangor
- Salinan Kad Pengenalan ketua keluarga dan pasangan.
- Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran tanggungan.
- Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
- Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
- Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan).
- Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan no akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
- Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Contohnya Bil Air / Bil Elektrik / Bil Internet / Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon (satu sahaja diperlukan).
Butiran Lanjut
Itu sahaja, Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak berkenaan, pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkenaan supaya dapat memudahkan anda mendapat maklumat.
Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343
Laman web : https://www.zakatselangor.com.my/peduli/
Facebook : Lembaga Zakat Selangor