CARA MOHON TABLET PERCUMA B40 PERANTISISWA: Panduan Apply Teblet Untuk Pelajar IPT B40.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih. Ini bertujuan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.
Apa itu Pakej Perantisiswa?
Kerajaan telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi terpilih dan akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dengan membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
Bagi menyempurnakan tujuan ini, kerajaan akan sediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Dibawah akan diterangkan dengan lebih lanjut tentang Pakej Perantisiswa ini.
Baca juga disini : SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN NOVEMBER 2021
CARA MOHON TABLET PERCUMA B40 PERANTISISWA: Panduan Apply Teblet Untuk Pelajar IPT B40.
Berikut adalah beberapa maklumat yang dikongsikan seperti cara memohon, kelayakkan, dan tarikh pendaftaran. Sila rujuk dibawah:
Cara Mohon Pakej Perantisiswa
Untuk bantuan ini, pelajar tidak perlu memohon. Pihak universiti dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menghubungi siswa-siswi yang layak.
Bagi pelajar yang layak, mereka akan menerima tablet percuma sebagai insentif PerantiSiswa keluarga Malaysia. Diharapkan, dengan pemberian ini akan membantu pelajar dalam urusan pembelajaran mereka yang terjejas akibat pendemik COVID-19.
Kelayakan Penerima Perantisiswa
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
Tarikh Pendaftaran / Permohonan
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022. (April – Jun 2022
Butiran Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh didapati di:
Tel/Fax 03-8688 8000
Email [email protected]
Facebook Rasmi SKMM
Itu sahaja yang ingin kami dikongsikan, semoga bermanfaat kepada pelajar IPT yang layak menerima diluar sana. Kongsi juga kepada rakan-rakan yang belum tahu.
Baca juga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA