CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK PERAK (lphp.perak.gov.my): Panduan Register Rumah Projek Perakku.
Terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan melalui skim perumahan kerajaan untuk golongan B40 dan M40 di setiap negeri, salah satunya ialah Rumah Perakku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ini.
Ia lebih kurang sama dengan inisiatif Kerajaan Johor dan selangor yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik untuk rakyat yang kurang berkemampuan.
CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK PERAK (lphp.perak.gov.my): Panduan Register Rumah Projek Perakku.
Apa itu Rumah Projek Perakku
Projek perumahan yang dibangun dan diselia oleh LPHP untuk rakyat negeri Perak. Rumah kos rendah ditawarkan pada harga bermula RM70,000 bagi kawasan daerah dan RM90,000 bagi kawasan bandar.
Untuk kategori rumah kos sederhana pula, ia ditawarkan bermula RM150,000 untuk kawasan daerah dan RM180,000 bagi kawasan bandar. Rumah mampu milik pula dijual pada harga RM250,000 ke bawah.
Syarat Memohon
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
- Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000
Baca juga disini : CARA MEMOHON MYKASIH: Panduan Register Bantuan MyKasih 2021.
Dokumen Yang Diperlukan
Antara senarai dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ialah:
- Salinan kad pengenalan terbaru pemohon dan isteri/ suami.
- Salinan sijil nikah/ daftar perkahwinan.
- Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
- Salinan sijil kematian/ penceraian sekiranya pemohon berstatus Balu/Duda/Janda.
- Salinan slip gaji terkini bagi tiga (3) bulan berturut-turut dan penyata Kumpulan Wangs Simpanan Pekerja (KWSP) pemohon dan isteri/ suami.
- Salinan surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
- Surat pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya
- Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
- Sekeping gambar warna berukuran pasport (terbaru).
Cara Memohon
- Boleh dibuat melalui laman web secara online di http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranbaru_lprumah.php
- Isi maklumat dan borang dengan lengkap
Butiran lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan projek terkini, sila rujuk laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di http://lphp.perak.gov.my/
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001
Baca jua: INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA