in

BUAT KAD NIKAH SELANGOR ONLINE(PERMOHONAN BARU ATAU GANTIAN): Cara & Syarat Register

BUAT KAD NIKAH SELANGOR ONLINE(PERMOHONAN BARU ATAU GANTIAN)

BUAT KAD NIKAH SELANGOR ONLINE (PERMOHONAN BARU ATAU GANTIAN)

Kad Perakuan nikah adalah dokumen perkahwinan bersaiz kecil yang lebih memudahkan pasangan yang bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang didaftarkan di negeri Selangor membawanya kemana-mana seperti kad pengenalan sebagai bukti perkhawinan.

Berikut dikongsikan cara untuk anda memohon kad perakuan nikah pintar bagi negeri Selangor serta pautan temujanji untuk mengambil kad pintar tersebut.

BUAT KAD NIKAH SELANGOR ONLINE (PERMOHONAN BARU ATAU GANTIAN)

Kad Perakuan Nikah Pintar boleh dimohon di:

Kaunter One Stop Centre (OSC),
Aras Bawah (G), Menara Selatan,
Jabatan Agama Islam Selangor,
Bangunan Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid Bukit SUK,
40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

MAKLUMAN: Dalam tempoh PPN ini, permohonan / gantian kad nikah boleh dibuat di Jabatan Agama Islam Selangor dan harus buat temujanji terlebih dahulu (rujuk cara temujanji online dan pautan di bawah).

BUAT KAD NIKAH SELANGOR ONLINE(PERMOHONAN BARU ATAU GANTIAN)

Syarat Permohonan / Gantian

  • Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Selangor sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Selangor.
  • Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami ATAU isteri)
  2. Gambar berukuran passport:
  • Suami (1 keping, pakaian bersesuaian
  • Isteri (1 keping, pakaian menutup aurat & bertudung litup)

3.Bayaran tunai

  • RM40.00 untuk 2 keping kad(suami dan isteri)
  • Bayaran tunai dijelaskan di kaunter semasa permohonan dibuat

Harga / Caj Bayaran
Bayaran untuk mendapatkan kad perakuan nikah adalah RM40.00 SAHAJA (untuk 2 keping kad suami dan isteri).

Pemohon boleh mengambil Kad Perakuan Nikah Pintar di Kaunter OSC selepas 10 hari waktu bekerja (tidak termasuk cuti am) dengan membawa resit pembayaran.

Waktu Operasi Kaunter
Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) : 8.00 pagi – 4.30 petang

JANJI TEMU PERMOHONAN / GANTIAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR

BUAT KAD NIKAH SELANGOR ONLINE(PERMOHONAN BARU ATAU GANTIAN)

Janji temu inI adalah bagi urusan Permohonan Baru / Gantian Kad Perakuan Nikah di One Stop Centre (OSC), JAIS Shah Alam sahaja.

Tuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.

Isikan borang permohonan di pautan berikut untuk urusan Permohonan Baru / Gantian Kad Nikah Pintar Selangor : https://bit.ly/3u6sfRg

Dokumen Yang Diperlukan
Sila sediakan dan kemukakan dokumen berikut di kaunter yang berkenaan:

  •  Salinan (fotostat) Surat Perakuan Nikah lelaki ATAU perempuan (depan DAN belakang)
  • Gambar lelaki berukuran passport – 1 KEPING (RAMBUT TIDAK PANJANG DAN TIDAK BERWARNA
  •  Gambar perempuan berukuran passport – 1 KEPING (WAJIB BERTUDUNG LITUP)
  •  Bayaran untuk 2 keping kad RM40.00 SAHAJA

NOTIS:

Kad siap SELEPAS 10 HARI waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima.

Kad yang tidak dituntut LEBIH DARI 2 TAHUN akan DILUPUSKAN.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-5514 3468 atau emel kepada [email protected]

Baca Juga Disini :PERMOHONAN GIATMARA 2022(CARA PERMOHONAN GIATMARA GsPEL GIATMARA): Secara Atas Talian & Manual

JANJI TEMU PENGAMBILAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR NEGERI SELANGOR
Janji temu ini adalah bagi urusan mengambil Kad Perakuan Nikah yang telah dipohon di One Stop Centre (OSC), JAIS Shah Alam.

Tuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.

Kebenaran masuk ke pejabat bagi tujuan pengambilan kad hanya kepada mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.

Sila bawa resit atau salinan kad pengenalan.

Butiran Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected] atau telefon 03-5514 3600

Sila dapatkan janji temu anda sekarang.

Link Permohonan Baru/Gantian Kad : https://bit.ly/3u6sfRg
Link Pengambilan Kad : https://bit.ly/2WnsHOM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA BUAT ADUAN BARANG ROSAK ATAU HILANG PADA SKMM (CLAIM SEHINGGA RM5000)