CARA MOHON BANTUAN 60K BINA RUMAH: Skim Pinjaman Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri.
Kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.
Ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat untuk miliki rumah sendiri di atas tanah mereka sendiri.
Baca juga disini: PERMOHONAN iSAYANG KWSP: Cara Daftar Pemindahan 2% Caruman Akaun Suami ke Akaun Isteri.
CARA MOHON BANTUAN 60K BINA RUMAH: Skim Pinjaman Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri.
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan, sila rujuk dibawah:
Syarat Kelayakkan Permohonan
- Pemohon dan pasangan status warganegara Malaysia
- Berumur 21 hingga 71 tahun
- Sudah bekerja dan mempunyai pendapatan
- Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
- Belum mempunyai rumah sendiri
- Jumlah pendapatan kasar isi rumah diantara RM 1,000.00 hingga RM 3,000.00 sebulan
- Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga
Syarat Pinjaman
- Had pinjaman maksimum RM 60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans)
- Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
- Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman
- Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insurans
Syarat Pembinaan Rumah
- Rumah kos rendah > Keluasan lantai 700 /1,000 kaki persegi (sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur)
- Perlu guna pelan yang telah disediakan Jabatan Perumahan Negara
- Perumahan tidak boleh menggunakan pelan sendiri
- Dapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
- Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah
- Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM 5,000
- Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan
Cara Permohonan
Isi borang permohonan dan hantar ke alamat yang tertera pada muka depan borang permohonan
Butiran Lanjut
Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan skim bantuan perumahan, rujuk berikut:
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: [email protected]