CARA MEMOHON MYKASIH: Panduan Register Bantuan MyKasih 2021.
Kerajaan telah mengumumkan bantuan Prihatin Kasih iaitu sejenis inisiatif bantuan secara cashless guna MyKad kepada suri rumah dan yang berkelayakkan untuk meembeli barangan rumah
Disini kamu akan kongsikan apa itu MyKasih dan fungsinya:
Apa itu MyKasih
MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
Fungsi MyKasih
Apabila keluarga terpilih, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.
Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.
MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
CARA MEMOHON MYKASIH: Panduan Register Bantuan MyKasih 2021.
Cara Semakan MyKasih
Anda boleh semak kelayakan Prihatin Kasih anda mengikut langkah ini:
- Layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
- Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan Prihatin Kasih anda di sini Semak Status
- Masukkan no Kad Pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
- Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
Baca juga disini: CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK BKK RM1000
Syarat Kelayakkan
Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan MyKasih Kapital adalah terdiri daripada:
- Golongan wanita
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
- Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan
- Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
Cara Mohon MyKasih
Golongan wanita yang berminat untuk memohon bantuan yang disediakan ini, sila isi borang permohonan secara atas talian. Permohonan bantuan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Butiran Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut:
Tel: 03 8323 2433
Layari: yknm.org.my
Baca juga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA