CARA MEMOHON EIS PERKESO: Panduan Mohon Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan RM600.
Apa itu Eis Perkeso?
Employee Insurance System (EIS) atau Sistem Insurans Pekerja (SIP) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2018 sebagai satu langkah keselamatan sosial yang bertujuan untuk:
- Menyediakan bantuan kewangan segera selama 7 hari selepas hilang pekerjaan kepada pencarum
- Membantu pencarum yang hilang pekerjaan untuk mendapat pekerjaan baru melalui program bantuan mobiliti
- Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang melalui program latihan & latihan vokasional
Siapa yang harus bayar?
- Semua majikan sektor swasta perlu bayar caruman bulanan kepada pekerja(dikecualikan penjawat awam, bekerja sendiri dan perkhidmat domestik)
- Pekerja yang berumur 18 hinggan 60 tahun perlu dicarumkan (dikecualikan pekerja umur 57 tahun ke atas yang tiada caruman telah dibayar sebelum capai 57 tahun)
- Takrif liputan caruman tertakluk kepada had siling gaji yang telah diinsurankan (GYD) RM4000.
Kelayakkan untuk tuntuk EIS Perkeso
- Semua pekerja swasta/pencarum yang hilang pekerjaab layak, kecuali:
- Letak jawatan secara sukarela
- Kontrak Perkhidmatan telah tamat tempoh
- Tamat kontrak berkhidmat atas persetujuan dengan majikan tang terma dan syarat
- Tamat kontak sebab salah laku atau attitude
- Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan
- Persaraan
CARA MEMOHON EIS PERKESO: Panduan Mohon Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan RM600.
Untuk yang ingin mendaftar secara walk-in boleh pergi ke mana-mana pejabat Perkeso yang berdekatan, tetapi bagi yang ingin memohon secara online boleh layari laman web rasmi https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/instruction
Dokumen yang diperlukan:
*Sila Scan Pdf semua yang diperlukan
- Salinan kad pengenalan
- Bukti hilang pekerjaan/Surat Penamatan Pekerjaan
- Salinan butiran akaun bank
- Penyata gaji 6bulan terakhir
- Pergi ke laman web https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/instruction dan tekan Setuju
- kemudian boleh teruskan isi maklumat yang diperlukan
- Emel akan dihantar dalam masa 7 hari bekerja sekiranya permohonan Lulus, jika permohonan Tidak Lulus boleh pergi ke cawangan yang terdekat untuk isi borang dan tandatangan
- Minimun 3 minggu diperlukan untuk proses duit masuk ke dalam akaun
Dengan itu amat penting untuk kita pastikan majikan kita berdarftar dan mencarun untuk EIS supaya kita boleh memohon bantuan untuk kurangkan beban jika terjadi perkara yang tidak diingini (hilang kerja)
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Baca Juga Disini: CARA MOHON ONLINE GURU KONTRAK DG41 2021 (TARIKH TUTUP 10 OKTOBER 2021)