in

CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN: Panduan Apply BKP Secara Online

CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN: Panduan Apply BKP Secara Online.

Apa itu BKP?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan salah satu daripada Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Ia bertujuan bagi membantu mereka yang terjejas untuk meneruskan kelangsungan hidup serta hasrat kerajaan dalam memfokuskan serta meneruskan agenda prihatin rakyat.

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun yang lalu.

Baca dengan lebih lanjut cara untuk semak disini: CARA SEMAK STATUS BKP 2021 (CHECK BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

CARA MEMOHON BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN: Panduan Apply BKP Secara Online.

Jumlah Bantuan BKP

Bantuan ini akan diberikan kepada 1 juta orang Malaysia yang layak dengan jumlah bayaran bantuan sebanyak:

  • RM500

Siapa Yang Layak Menerima BKP?

Sebanyak RM500 juta diperuntukkan kepada 1 juta yang layak bagi menjayakan inisiatif ini.

Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan;

  • Data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan;
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Tarikh Bantuan BKP Diagihkan

  • Menurut Perdana Menteri dalam pembentangan bantuan PEMULIH, bantuan ini akan mula diagihkan pada bulan Oktober ini.

Kriteria Kelayakan BKP

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

  • Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan
  • Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021)

Baca juga : INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA

2 Comments

Leave a Reply
  1. Dimasa pandemik covid saya kehilangan pendapatan,Saya mempunyai tanggungan keluarga dan keperluan membayar sewa rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JAWATAN KOSONG DI SIME DARBY MOTORS

JAWATAN KOSONG DI SIME DARBY MOTORS – PELBAGAI KEKOSONGAN

FAQ BKP BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN 2021