CARA DAFTAR MERCHANT GRABFOOD MALAYSIA ONLINE UNTUK KEDAI ATAU RESTORAN
Pandemik COVID-19 menyaksikan orang ramai mula beralih kepada perkhidmatan membeli makanan secara online dan dihantar ke rumah melalui perkhidmatan seperti GrabFood.
Sekiranya anda perasan, sewaktu awal kemunculan pandemik COVID-19 dahulu senarai kedai atau restoran yang mendaftarkan perniagaan mereka dalam perkhidmatan GrabFood sangat sedikit jika dibandingkan dengan senarai kedai/restoran yang terdapat dalam aplikasi GrabFood.
Sekiranya anda mempunyai kedai atau restoran dan berminat untuk mendaftarkan kedai atau restoran anda di GrabFood sebagai “merchant”, ianya sangat mudah.
Baca juga : Cara Buat Temujanji Bank Islam : Panduan Permohonan Appointment Online Bank Islam & Waktu Operasi
CARA DAFTAR MERCHANT GRABFOOD MALAYSIA ONLINE
Bagi memohon kedai atau restoran anda diterima masuk ke dalam sistem GrabFood, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut serta lampirkan sekali dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak GrabFood.
Cara untuk daftar merchant Grabfood Malaysia Online adalah seperti di bawah ini :
- Sila layari laman web rasmi Merchant Grabfood di pautan ini : https://www.grab.com/my/merchant/food/.
- Sila isikan informasi restoran anda dan pihak Grabfood Merchant akan menghubungi anda dengan segera.
- Masukkan Nama Restoran anda.
- Sila Masukkan Nama Penuh anda.
- Masukkan Nombor Nombor Telefon anda.
- Masukkan Emel anda.
- Masukkan Alamat Restoran.
- Masukkan Poskod Alamat Restoran.
- Pilih Negeri.
- Pilih Bandar.
- Sila masukkan Nama Facebook Page atau Website Restoran anda (jika ada).
- Masukkan Cawangan Restoran (jika ada).
- Pilih Cuisine anda.
- Tetapkan Average Harga Produk anda.
- Selepas itu pilih jawapan untuk dimana anda dengar berkaitan Grabfood Merchant ini.
- Tick semua Terma dan Syarat.
- Tick Recaptcha.
- Tekan “SUBMIT”.
- Selesai.
Kemudian, anda di minta untuk sediakan senarai dokumen sokongan Grabfood Merchant seperti di bawah ini.
DOKUMEN SOKONGAN GRABFOOD MERCHANT
- Salinan dokumen perniagaan – Borang SSM D atau 9,24,49
- Salinan kad pengenalan (IC) / pasport pengarah yang menandatangani perjanjian (Warna, Depan dan Belakang) – (pengarah UBO mesti mempunyai bahagian minimum 25% pada SSM)
- Salinan penyata akaun bank
- Salinan logo jenama
- Salinan foto depan kedai dengan papan tanda tetap dan logo jenama
- Salinan menu di kedai dengan harga
- Alamat emel Gmail (gmail unik untuk setiap outlet untuk Log masuk Peranti)
- Salinan Lesen Perniagaan (Sekiranya berkenaan)
- Salinan Perakuan Halal (Sekiranya berkenaan)
- Salinan Sijil SST (Sekiranya berkenaan)
- Salinan Polisi Insurans (Sekiranya berkenaan)
Kesemua dokumen yang disenaraikan di atas perlulah digabungkan sebagai sebuah fail dan diberi nama berdasarkan format yang dikehendaki seperti yang dinyatakan dalam halaman GRABFOOD
KELEBIHAN REGISTER GRABFOOD MERCHANT
Sebagai pemilik kedai atau restoran, anda berhak memilih sama ada hendak menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan daripada GrabFood ataupun tidak.
Secara umumnya, terdapat 4 sebab mengapa anda perlu mendaftarkan kedai atau restoran dengan perkhidmatan penghantaran makanan daripada GrabFood ini:
- Pendedahan kepada lebih ramai pelanggan sedia ada yang menggunakan aplikasi GrabFood
Servis yang dipercayai kerana GrabFood mempunyai ribuan penghantar makanan di seluruh negara - Syarat pembayaran yang lebih baik – anda boleh memilih untuk mengeluarkan pendapatan secara harian agar wang tersebut boleh dilaburkan kembali dengan cepat
- Jualan tambahan – bina kredibiliti perniagaan anda online untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan dan jualan
RUJUKAN
Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan sila hubungi pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat dan informasi bagi memudahkan urusan anda daftar Grabfood Merchant. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A &13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Untuk pertanyaan di Help Center GrabFood Merchant : https://help.grab.com/passenger/en-my/.