in

CARA BUAT JERUK MANGGA : Panduan Buat Jeruk Mangga Asam Boi Viral

cara buat jeruk mangga

CARA BUAT JERUK MANGGA : Panduan Buat Jeruk Mangga Asam Boi

Bila bercakap tentang jeruk mangga dengar namanya pun boleh buat kecur air liur. Belum lagi kalau nampak depan mata. Alamatnya, tidak tidur malam dibuatnya. Nak tahu cara buat jeruk mangga homemade yang rangup dan sedap? Jom baca artikel ini.

Jeruk ialah sejenis makanan yang menjalani proses pengawetan dengan cara direndam larutan berasid atau garam dalam tempoh yang lama. Terdapat pelbagai jenis jeruk di negara kita iaitu jeruk mangga, jambu air, kedondong, betik, lobak putih, lada dan lain-lain lagi.

Kebiasaanya jeruk buah-buahan akan dimakan begitu sahaja berbanding jeruk sayur-sayuran. Jeruk lada misalnya, akan dimakan bersama-sama kuetiau goreng. Manakala, jeruk lobak putih akan dimasak bersama-sama masakan lain atau boleh juga dimakan dengan bubur nasi.

CARA BUAT JERUK MANGGA : Panduan Buat Jeruk Mangga Asam Boi yang paling mudah dan cepat.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara pembuatanya.

Bahan-bahan

  • 2 biji mangga
  • 1 sudu teh kapur makan
  • Air gula (lebih kurang 1 cawan gula + 2 @3 cawan air)
  • Asam boi
  • Cilipadi (ikut tahap kepedasan)

Cara-cara

1. KUPAS MANGGA
Langkah pertama basuh dan buang kulit mangga macam biasa.Tips rangupnya mangga haruslah dihiris panjang-panjang tapi jangan nipis.

2. RENDAM
Selanjutnya rendamkan mangga dengan air yang dibancuh dengan 1 sudu teh kapur makan. Kemudian biarkan 1 jam.

Tujuan kita merendam mangga dengan air kapur adalah untuk mangga tu rangup.Kalau yang tak ada kapur boleh gantikan dengan garam kasar segenggam atau cuka.

3. CUCI
Selepas sejam, cuci mangga supaya bersih. Kemudian toskan dan masukkan mangga tadi ke dalam balang.

4. MASUKKAN AIR GULA, ASAM BOI & CILI
Kemudian kita bancuh air gula dan tunggu sejuk. Bila dah sejuk, tuang ke dalam balang bersama serbuk asam boi dan cili.

5. SEJUKKAN UNTUK LAGI SEDAP
Dan siaplah jeruk mangga asam boi crunchy. Kalau nak lagi best dan sedap ketika makan boleh simpan dalam peti ais semalaman. Sebab bahan-bahan tadi dah bersatu dan sebat dengan mangga lagi kaww rasa jeruk mangga tu.

MUDAHKAN!

Jadi anda bolehlah cuba dirumah untuk makan dengan seisi keluarga! Selamat mencuba.

Kalau ingin tonton cara-cara pembuatan dengan lebih lanjut boleh tonton di youtube Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Rangup Sedap | Resepi Jeruk Pelam Asam Boi (MESTI CUBA!!)

Baca Juga Disini : CARA DAFTAR MERCHANT GRABFOOD MALAYSIA ONLINE UNTUK KEDAI ATAU RESTORAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CARA TRANSFER DUIT KE INDONESIA : Panduan Hantar Duit ke Indonesia dengan Maybank2u