CARA CEK DIVIDEN ASB ONLINE : SEMAK UNTUNG 2022
Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjangkakan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini sedikit terjejas berikutan kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19 namun akan memastikan ia berada pada kadar kompetitif.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Jalil Rasheed berkata, sebagai pengurus dana, PNB akan mengambil langkah konservatif berdasarkan keadaan ekonomi semasa.
Baca juga disini :CARA JUAL BALIK ASB GUNA MYASNB ONLINE MAYBANK & CIMB BANK
Dalam keadaan ekonomi mencabar tahun lalu, PNB masih mampu mempertahankan perkembangan Aset di Bawah Pengurusannya, apabila berjaya mencapai RM312 bilion, melebihi tanda aras RM300 bilion.
Unit-unit dalam edaran meningkat kepada 7.3 peratus mencapai hampir 254 bilion pada tahun 2019.
PNB juga turut mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam bentuk pengagihan pendapatan dan bonus kepada pemegang unitnya pada tahun kajian, mencapai jumlah keseluruhan agihan pendapatan sebanyak RM200 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhan.
CARA CEK DIVIDEN ASB ONLINE : SEMAK UNTUNG 2022
Berikut akan dikongsikan dengan lebih lanjut maklumat berkaitan , rujuk dibawah:
Cara Cek Dividen ASB Online guna MYASNB.
- Langkah pertama sila layari laman web rasmi MyASNB https://www.myasnb.com.my/.
- Pastikan sudah membuat pendaftaran terlebih dahulu. Jika sudah daftar, tekan Log Masuk.
- Kemudian masukkan ID Pengguna anda semasa pendaftaran.
- Tekan Teruskan
- Tekan Ya jika keselamatan anda adalah betul di bahagian (Adakah ini frasa keselamatan anda?)
- Sila masukkan Password anda.
- Seterusnya tekan Log Masuk
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama MYASNB iaitu Dana Saya. Jumlah pelaburan akan dipaparkan di Dana Saya.
- Untuk Semak Jumlah Dividen yang anda dapat, sila tekan di bawah Dana Saya iaitu Nama Dana jika ASB sila tekan Nama Dana Amanah Saham Berhad.
- Paparan Dana Amanah Saham Berhad anda dipaparkan di sini.
- Tekan Sejarah Transaksi untuk melihat jumlah dividen yang anda peroleh.
- Anda boleh lihat jumlah dividen ASB 2022 anda yang dimasukkan ke dalam akaun ASB anda disini.
Butiran Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh ajukan ke pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam).