BILA GKP 4.0 AKAN DIBAYAR? (Tarikh Pembayaran Duit Masuk)
Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu GKP 4.0 bila masuk? Asyik bertanya bila GKP 4.0 akan dibayar? Jangan bimbang, duit tetap masuk. Cuma perlu semakan GKP 4.0 samada lulus atau tidak terlebih dahulu.
Baca juga: MySalam Tuntutan Covid 19. Proses Tuntutan Duit Sehingga RM700
BILA GKP 4.0 AKAN DIBAYAR?
Maklumat ini adalah berdasarkan pengumuman PM mengenai Geran Khas Prihatin 4.0 yang dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Pembayaran duit bantuan bagi GKP 4.0 ini dalam dua fasa iaitu dijangka pada tarikh berikut:
Bayaran pertama sebanyak RM500, akan dibayar pada 21 September 2021
Bayaran kedua sebanyak RM500, akan dibayar pada bulan November 2021
CARA PEMBAYARAN GKP 4.0
Sama seperti kaedah bayaran GKP 3.0, pembayaran GKP 4.0 akan dikreditkan ke dalam akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan semasa permohonan GKP 3.0.
Perlu diingat, seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim atau FAQ LHDN, akaun bank yang dinyatakan tadi adalah akaun bank persendirian, bukan akaun syarikat.
Antara syarat lain, akaun anda mestilah masih lagi aktif. Sila buat semakan status GKP 4.0 samada anda mendapat status Berjaya Kredit atau Gagal Kredit. Jangan sembang tentang bila GKP4.0 akan dibayar kalau dapat Gagal Kredit. Lebih panjang prosesnya.
Jika Berjaya Kredit, ini bermakna duit bantuan Geran Khas Prihatin sudah berjaya dimasukkan ke dalam akaun bank anda.
BERAPA JUMLAH DUIT GKP 4.0 YANG BAKAL DAPAT?
Seperti sedia maklum, GKP 4.0 ini adalah bantuan yang akan dterima dua fasa. Bayaran akan dibuat oleh kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang layak.
Jumlah bantuan ini adalah RM1,000 sahaja.
SOALAN LAZIM
Bila boleh mohon GKP 4.0?
Masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan. Namun, dijangkan permohonan GKP 4.0 akan dibuka sekitar bulan Julai 2021.
Siapa yang layak untuk membuat permohonan GKP 4.0?
Sebelum ini, ada beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu memohon GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.
Untuk GKP 4.0, masih belum ada senarai kelayakan lagi.
Berdasarkan maklumat awal GKP 4.0 hanyalah untuk pemohon yang belum pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0